BAB 8

Romance Completed 11885

Alex dan Syahirah lalu di lorong yang agak gelap selepas membeli barang keperluan mereka. Sememangnya mereka perlu melalui jalan itu untuk balik ke bilik mereka.

“Sejuknya..” Syahirah mengomel sendiri sambil menggosok lengannya. Musim salji sememangnya memerlukan beberapa

lapisan baju yang tebal. Almaklumlah, sejuk.

“Ahh, lupa pula. Bila kita nak balik Malaysia? Tak rindu umi kau ke?” Alex bertanya. Syahirah berfikir sejenak.

“Ermm, betul jugakan. Lama dah kita tak balik Malaysia. Rindunya dengan umi. Nanti cuti kita baliklah.” Kata

Syahirah sambil tersenyum kearah Alex. Alex hanya menganggukkan kepalanya.

Tiba-tiba Alex berhenti melangkah. Dia menjenguk kebelakang. Dia rasa seperti ada orang yang mengekori mereka.

Alex terus menarik tangan Syahirah. Mereka perlu keluar dari situ secepat mungkin. Syahirah bingung.

“Nak pergi mana kamu berdua?” dua orang lelaki berbadan tegap menghalang laluan mereka. Alex menyembunyikan Syahirah dibelakang tubuhnya. Perlahan-lahan Alex berundur.

“Alex, ada orang dekat belakang kita.” Syahirah berkata perlahan. Mereka terperangkap. Alex menggigit bibirnya.

“Apa korang nak, ha?” Alex bertanya dengan suara yang sedikit tinggi. Alex menarik Syahirah kedalam pelukannya. Walau apa pun yang terjadi, Syahirah harus diselamatkan. Itu janji Alex dengan ayah Syahirah.

“Tak ada apa-apa. Cuma nyawa budak tu je.” salah seorang dari mereka menjawab sambil bermain dengan pisau.

“Apa salah budak ni dekat korang sampai korang nak bunuh dia?” Alex bertanya kasar. Dia mahu tahu alasan mereka.

“Budak tu.. setahun dulu dia pernah ternampak kumpulan kami mengedar dadah. Jadi, bos kami mengarahkan kau, Alex.. bunuh dia. Tapi kau belot. Kau sayangkan dia sangat. Jadi kami terpaksa datang untuk bunuh budak tu.” Syahirah tersentak. Alex mahu membunuhnya. Syahirah menggelengkan kepalanya.

“Apa pun alasan korang, aku takkan benarkan korang semua calarkan badan dia walau sikit pun.” Alex menumbuk perut lelaki itu. Kemudiannya dia menendang perut lelaki yang berada di belakangnya. Satu demi satu Alex kalahkan. Syahirah pula sudah duduk di tepi sambil menutup mata dan telinganya. Dia takut.

Sedang Alex menentang kumpulan lelaki-lelaki berbadan tegap itu, tiba-tiba kedengaran bunyi tembakkan. Syahirah terkejut. Dia memandang Alex. Kelihatan Alex memegang lengannya. Darah. Syahirah terus berlari kearah Alex. Ada air mata yang jatuh. Alex menggigit bibirnya menahan sakit.

“Syahirah, lari. Nanti aku ikut kau. Pergi Syahirah. Kau akan mati kalau kau duduk dekat sini.” Kata Alex sambil menahan sakit. Syahirah menggeleng-geleng kepalanya.

“Tak. Tak nak. Saya takut.”

“Jangan takut. Aku akan ikut kau jadi, pergi sekarang.” Kata Alex sambil menolak badan Syahirah.

“Hei, jangan nak buat jejak kasih dekat sinilah.” Satu suara garau menegur mereka. Alex melihat orang yang

menembaknya itu.

“Apa papa nak?” tanya Alex kepada ayahnya Ricky atau nama melayunya, Muhammad Rizki. Ayah Alex tersenyum sinis sambil mengacukan pistol ke arah Alex dan Syahirah.

“Boleh lagi kau tanya aku apa yang aku nak? Hahaahaah. Pandai kau berlakonkan.” Kata Ricky sambil ketawa jahat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience