BAB 2

Romance Completed 11885

“Kau okey tak ni?” Alex memandang Syahirah yang memegang kakinya sambil menangis. Alex kebuntuan.

“Dari mana kau marathon tadi?.” Alex memandang Syahirah. Rasa kesian pula tengok dia ni.

“Dari sekolah. Anjing tu macam dah tunggu ketibaan saya di simpang jalan tu.” Syahirah masih menangis. Aishh, jadi ratu air mata pulak dah.

“Fuyyo. Jauhnya kau lari. Dah macam merentas desa pula.” Alex kehilangan kata-kata. Alex hanya memerhati Syahirah. Apa dia boleh buat?

“Errr.. marilah aku gendong kau sampai rumah.” Alex membuat keputusan.

“Eh, mana boleh. Kita bukan muhrimlah.” Bangkang Syahirah pantas.

“Tapi ini emergency. Ustaz kata, kalau emergency, takpe. Aku bukan nak buat apa pun dengan kau. Nak tolong je.” Alex memberi alasan. Dia memang tidak mahu memegang Syahirah, namun keadaan memaksa. Suasana taman yang sunyi

menyukarkan dia untuk meminta tolong.

Syahirah diam seketika.

“Tak apa ke?” Syahirah bertanya meminta kepastian.

“Takpe. Lagipun, takkan aku nak tinggalkan kau dekat sini? Macam kejam pulak.” Alex tersenyum kelat.

Dengan teragak-agak, Syahirah mendekatkan dirinya ke belakang badan Alex. Dia memeluk leher Alex kuat.

“Woi, woi. Tercekik aku. Uhuk, uhuk.” Alex memukul-mukul tangan Syahirah. Mati tercekik anak orang ni nanti. Syahirah merenggangkan sedikit pelukannya. Dia tidak sengaja.

“Maaf. Saya takut nanti jatuh.” Syahirah bersuara perlahan.

“Takkanlah aku sampai hati biarkan kau jatuh. Jangan risaulah.” Alex menarik nafas panjang. Dia perlukan oksigen. Oksigen, oksigen.

“Arrr.. terima kasih sebab selamatkan saya dan angkat saya yang berat ni.” Syahirah berterima kasih.

“Mana ada kau berat. Ringan je kau ni. Kalau aku lambung-lambung pun boleh.” Sememangnya Alex mempunyai badan yang lebih tegap berbanding Syahirah. Mungkin kerana badannya selalu menerima kerja-kerja yang berat.

“Ahh, dah sampai. Assalamualaikum?” Alex berdiri dihadapan rumah Syahirah dan memberi salam.

“Waalaikummussalam.” Sambut satu suara dari dalam rumah Syahirah.

“Ehh, kejap kejap. Arian? kenapa kamu gendong Syahirah tu?” umi Syahirah keluar dari rumah mereka. Keluarga

Syahirah memang mengenali Alex sejak Alex berkawan dengan Syahirah. Panggilan mereka untuk Alex juga lain dari

lain. Mereka sudah menganggap Alex seperti salah seorang dari keluarga mereka.

“Ahh, panjang beritanya.” Alex menjawab.

“Eh, marilah masuk. Bawak si Syahirah tu masuk bilik dia.” arah umi Syahirah.

“Kamu ni lain kali jangan lalu dekat situ. Situ ada banyak anjing gila. Hish, apa nak jadi dengan kamu ni. Nasib baik Arian lalu dekat situ. Kalau tidak..” ibu Syahirah terus-menerus membebel. Alex mendengarnya dengan tekun manakala Syahirah pula hanya menundukkan kepalanya mendengar bebelan uminya.

Selama ini Alex tidak pernah mendengar bebelan seorang ibu kerana neneknya tidak pernah membebel dekat dia. Ibunya pula telah meninggal dunia ketika dia masih kecil. Tu yang syok dengar ceramah umi Syahirah tu.

“Hah, lagi satu masalah. Macam mana nak pergi sekolah dengan kaki macam ni? Kamu nak pergi dengan terhenjut-henjut macam ni?” tanya umi Syahirah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience