BAB 6

Romance Completed 11885

“Janganlah menangis wahai gadis kelibutku.” seorang lelaki duduk disebelahnya sambil menghulurkan sapu tangan. Syahirah menyambut dan mengesat air matanya. Syahirah memandang orang yang berada disebelahnya.

“Awak siapa? Dan nama tu?”

“Gadis kelibut. Tu nama timangan kau. Aku ingat lagi, dulu kau selalu lari-lari dekat koridor sekolah. Bila cikgu marah kau, mulalah kau kelang-kabut.” Lelaki itu tergelak kecil.

“Mana awak tahu?”

“Sebab akulah kawan rapat kau dua tahun lepas.” Alex memandang Syahirah.

“Kawan rapat? Dua tahun lepas? Tapi dulu saya pernah kawan rapat dengan Alex je. Mana ada saya kawan dengan awak.”

Syahirah memegang dagunya sambil mengerutkan dahinya. Gayanya seperti persoalan itu terlalu rumit.

“Hahaha. Comellah kau buat macam tu.” Alex ketawa lagi. Syahirah mencebik.

“Seriuslah sikit. Awak ni siapa?” Alex menepuk dahinya. Ingatkan dah tahu.

“Ni aku lah, Alex.”

“Eh, biar betul.” Syahirah terkejut.

“Kenapa? Tak percaya?” Alex bertanya.

“Tak.” Syahirah menggelengkan kepalanya.

“Kenapa tak percaya?”

“Sebab awak hensem sangat.” Syahirah berkata jujur. Alex tersenyum kerana menahan tawanya.

“Dulu Alex tak hensem ke?” Alex bertanya lagi.

“Dia dulu hensem sikit je.” Syahirah memandang Alex. Alex mencebik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience