BAB 9

Romance Completed 11885

“Hei, dua tahun dulu, aku latih kau jadi seorang pembunuh. Aku ajar semua seni mempertahankan diri kepada kau. Sanggup kau belot pada bapak kau sendirikan. Aku suruh kau bunuh budak tu, bukan selamatkan dia. Arahan aku tak cukup jelas ke?” Ricky berkata kasar. Ricky sememangnya tidak menganggap Alex seperti anaknya. Baginya, dia tidak

punya anak setelah kematian isterinya.

“Arian tak akan pernah bunuh Syahirah. Dia kawan Arian.”

“Habis tu, boleh pula kau bunuh mak kau sendiri? Kalau dah pembunuh tu, buatlah cara pembunuh.” Alex terkesima.

Fikirannya merawang ke masa lalu.

Imbasan..

“Eh.. apa ni? Cantiknya.” Alex mengambil sebilah pisau lipat. Dia membelek-belek pisau itu.

“Arian? mama dah balik ni. Arian sayang..” ibu Alex memanggilnya. Alex yang mendengar panggilan ibunya terus turun ke ruang tamu.

“Yeahh.. mama dah balik?” Alex bersorak keriangan. Dia terus meluru kearah ibunya dan memeluk ibunya.

“Arian sayang mama sangat-sangat.” Tiba-tiba ibunya tumbang. Pisau lipat tadi tercucuk di perut ibunya. Alex terkejut dan terus menangis.

“Ma.. mama. Mama ba.. bangunlah.” Ibunya mati dihadapan mata dan dia.. adalah pembunuhnya. Pembunuh yang menangis

untuk orang yang dibunuhnya. Mimpi ngeri ini menjadi peringatan untuk Alex selama-lamanya.

“Memang. Memang aku yang bunuh mak aku sendiri. Tapi aku tak akan bunuh orang yang aku sayang lagi lepas ni. Jika itu berlaku, aku akan bunuh diri aku sendiri.” Alex menjawab kasar. Dia tidak akan biarkan pisang berbuah dua kali. Dia serik.

“Oh yeke, tapi aku tak tanya pula pasal kau nak bunuh diri atau tak. Kalau kau tak nak bunuh budak tu, biar aku bunuh dia.” Ricky mengacukan pistolnya ke arah Syahirah.

“Syahirah lari. Mintak pertolongan.” Kata Alex sambil menolak badan Syahirah. Syahirah terus berlari meninggalkan Alex sambil menangis. Saya akan kembali, Alex. Tunggu saya.

Alex kemudiannya memandang Ricky sambil menghalang pistol itu daripada diacu ke arah Syahirah.

“Kau kena lepasi aku sebelum kau nak bunuh dia.” Kata Alex. Ricky tersenyum sinis.

“Ok. Terimalah hadiah ikhlas daripada aku ni.” Ricky melepaskan dua das tembakan. Tembakan itu mengenai perut dan peha Alex. Alex jatuh terduduk sambil memegang perutnya. Nafasnya seperti tersekat kerana terkejut dan sakit dalam masa yang sama.

“Satu tumpas, tinggal lagi satu.” Bisik Ricky. Dia berjalan perlahan-lahan mengikut langkah Syahirah yang sudah jauh ke hadapan. Alex memegang kaki Ricky apabila Ricky melalui sebelahnya. Ricky memandang Alex.

“Jangan cuba nak halang jalan aku.” Ricky menendang Alex yang sedang memegang kakinya. Ricky terus berjalan mencari Syahirah.

“Budakk.. marilah sini. Pakcik ada hadiah untuk kamu ni.” Ricky memanggil Syahirah lembut.

Alex mengambil pistol yang sentiasa di seluarnya. Dia tidak boleh membiarkan semua ni berlaku. Dia harus buat

sesuatu. Alex sedaya upaya cuba berdiri.

“Jangan dekati dia.” Jerit Alex sambil mengacukan pistolnya ke arah Ricky.

“Kau nak tembak aku? Bapak kau sendiri pun kau nak tembak?” tanya Ricky sambil tersenyum sinis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience