BAB 4

Romance Completed 11885

“Hmm, jual mahal. It’s okay. I like your style. Give me a cup of coffee latte and a piece of oreo cake. That’s

all.” Kata pelanggan itu. Alex mengambil menu yang berada di hadapan pelanggan itu.

“Baiklah cik. Sila tunggu sebentar.” Kata Alex dan dia terus ke dapur.

Prangggg.. bunyi kaca pecah kedengaran. Alex segera ke dapur untuk melihat apa yang berlaku. Kelihatan Syahirah terduduk di atas lantai untuk mengutip cepisan-cepisan kaca pinggan yang pecah. Tiada orang yang menolong Syahirah kerana pelanggan yang terlalu ramai membuatkan mereka sibuk bekerja. Alex segera mendekati Syahirah dan mengutip kaca-kaca pinggan yang pecah.

Alex meletak kaca-kaca yang pecah itu kedalam tong sampah. Dia berpaling melihat Syahirah. Ada darah yang menitik dari tangan Syahirah. Nampak seperti Syahirah sengaja menyembunyikan luka itu. Alex mendekati Syahirah dan mengangkat tangan Syahirah yang berdarah. Syahirah agak terkejut dengan perlakuan Alex.

“Wei Hanin, shif aku dah habis. Nak rehat. Aku bawak budak ni sekali.” Kata Alex kepada Hanin iaitu ketua di situ.

“Ok no hal. Serahkan semuanya kepada aku. Oh ya, terima kasih sebab jadi bidan terjun.” Balas Hanin sambil

tersenyum ke arah Alex.

“No hallah nak tolong korang. Oklah, aku cau dulu.” kata Alex.

Alex menarik tangan Syahirah meninggalkan Bilik Seni.

“Kita nak pergi mana?” tanya Syahirah. Alex hanya mendiamkan diri dan terus mengheret Syahirah untuk mengikut langkahnya.

“Hello.. ada sesiapa dekat sini?” Alex melangkah masuk ke dalam Bilik Rawatan bersama Syahirah.

“Ye. Ada yang boleh cikgu bantu?” tanya cikgu yang bertugas di situ.

“Ni, ada budak yang suka buat masalah cederakan diri sendiri.” Alex menunjukkan luka Syahirah yang masih berdarah.

“Kenapa ni?” tanya cikgu itu sambil membelek luka Syahirah.

“Kena kaca tadi. Cikgu, cikgu rawatlah dia. Saya nak keluar. Ada kerja yang nak dibuat.” Kata Alex kepada cikgu

tersebut. Syahirah memandang Alex sambil membuat muka kesian. Dia tak nak keseorangan.

Tanpa pedulikan Syahirah, Alex segera keluar dari bilik rawatan itu. Dia kena tolong cikgu lain mengangkat barang pula selepas ini. Haih, banyak betul kerjanya.

Syahirah memandang Alex yang berlalu keluar. Alex jahat!!

“Ahhh..” Alex menjerit sedikit apabila pipinya terasa sejuk. Terus terbangun dia dari tidur yang lena di bawah sebatang pokok. Alex memandang sebelahnya untuk melihat gerangan siapakah yang menganggunya tidurnya. Alex merenung Syahirah tajam. Syahirah pula hanya tersenyum sambil memegang dua botol air mineral sejuk.

“Nah.” Syahirah menyerahkan sebotol air mineral sejuk itu kepada Alex. Alex menyambut huluran itu dan dengan perlahan-lahan, dia meneguk air itu. Ahh.. leganya rasa.

Alex memandang Syahirah yang masih lagi tersenyum ke arahnya. Alex mengangkat sebelah keningnya. Sewel apa budak ni? Tersengeh-sengeh. Pandangan Alex jatuh ketangan kanan Syahirah yang berbalut kemas.

“Sakit lagi ke?” tanya Alex.

“Sikit je sakit. Cikgu suruh selalu tukar pembalut dan letak ubat. Lama-lama baiklah.” Terang Syahirah. Alex

menganggukkan kepalanya faham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience