BAB 9

Romance Completed 6080

“Vee!” panggil Kay kuat saat kiosk Vee dihampirinya. Vee hanya angkat muka sedikit memandang wajah Kay, kemudian pandangannya kembali kepada muka lukisan.

“Aku ada berita baik nak kongsi dengan kau.” ucap Kay teruja. Terpamer wajah kegembiraannya.

“Kau dapat kerja?” soal Vee.

“Betul!”

“Tahniah,” balas Vee tiada perasaan. Sengaja perasaan itu disimpannya dalam – dalam. Ikutkan hati, Vee mahu sama – sama melompat kegembiraan bersama Kay.

“Kau macam tak gembira je.” Kegembiraan Kay hilang apabila melihat riak wajah Vee.

“Aku okey je.”

“Vee…”

“Apa?”

“Kau kenapa?”

“Tak ada apalah,” Vee sengaja mahu berahsia. Kesedihannya cuba disembunyikan. Agaknya, apa reaksi Kay jika tahu hari ini adalah hari terakhir mereka bersama, hari terakhir mereka aku bertemu muka.

“Kau masih marah pada aku?” soal Kay pada Vee.

“Kenapa aku nak marah kau?” Vee ikut menyoal.

“Pasal kau dan Amar.”

“Aku tak suka Amarlah!”

“Habis kau suka siapa?” Soal Kay. Vee masih membisu. Masih mahu berahsia.

“Eh, aku ada benda nak bagi kau.” Sengaja Vee melarikan topik perbualan mereka. Vee bangun dari duduknya lalu mencapai sebuah lukisan yang terletak di tepi dinding.

“Ambillah, ini untuk kau.” lukisan itu bertukar tangan.

Kay sudah mengerutkan kening. “Inikan lukisan kesayangan kau?” soal Kay tidak percaya.

Vee mengukirkan senyuman. “Aku tahu, kau pun suka lukisan ni, ambillah!”

“Tapi kenapa? ini lukisan kesayangan kau.”

“Ambil je, ini hadiah dari aku sempena kau dapat kerja. Semoga kau akan ingat kenangan ini sampai bila – bila.” senyuman cuba Vee ukirkan.

“Terima kasih Vee, kau memang kawan aku yang paling baik.” ucap Kay sambil menumbuk perlahan bahu Vee. Vee cuba mengelak sambil turut menumbuk bahu Kay.

Kalaulah Kay tahu ini adalah hari terakhir pertemuan mereka, mungkinkah Kay akan menangis?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience