BAB 5

Romance Completed 6080

“Assalamualaikum.” ucap satu suara ketika Vee sedang merapikan lukisannya.

“Waalaikumsalam.” balas Vee malas. Mendengar sahaja suara itu, Vee sudah boleh mengagak gerangan yang menegur. Nak marah pun tak boleh. Sabar je lah!

“Coffee untuk Vee.” satu cawan kertas di hulurkan kepada Vee. Senyuman tawar diukir Vee saat tangan kanannya menyambut cawan kertas itu.

“Moody je Amar tengok, Vee okey tak ni?”

“Okey, Amar buat apa dekat sini?”

“Amar datang tengok Vee.”

“Vee sihat je.”

“Cantik lukisan Vee, abstrak seakan – akan sedang bercelaru. Ada apa – apa yang Vee nak kongsikan dengan Amar?” Amar sengaja melarikan topik perbualan mereka.

“Tak ada apa – apa.” Vee masih mahu berahsia dengan Amar. Pada Vee, Amar bukanlah penyimpan rahsia terbaik. Jika dipaksa, Amar akan buka mulut. Bukan Vee tidak percayakan Amar, tetapi Vee harus berwaspada.

“Macammana dengan cadangan Amar? Vee sanggup tak nak terima?”

“Bagi Vee masa dulu Amar. Vee tertekan sangat. Tolong jangan paksa Vee,”

“Amar tak paksa. Tapi ini semua demi kebaikan Vee.”

“Kebaikan Vee atau keuntungan Papa?” Protes Vee. Tajam mata Vee memandang wajah Amar di hadapannya.

“Kahwin dengan Amar ataupun uruskan Syarikat Papa dekat London. Apa kebaikan semua tu pada Vee?” Vee masih protes.

“Kalau Vee kahwin dengan Amar, Amar janji akan benarkan Vee melukis.”

“Itu bukan masalahnya. Masalah sekarang, Vee tak cintakan Amar. Vee cintakan orang lain.” Mata Vee memaku memandang wajah lelaki itu.

“So, you decide it. Vee uruskan Syarikat Uncle di London. Maknanya, Vee dah buat keputusanlah ni!” Amar sudah mengukir senyuman tawar. Sedikit terhiris hatinya mendengar pengakuan Vee.

“No!”

“Yes!”

“Amar!”

“Vee, jangan kecewakan Uncle. Vee dah kecewakan uncle dua tahun ni, jangan tambah lagi kecewa tu. Uncle dan aunty sayangkan Vee, mereka nak Vee berjaya, nak Vee bahagia.”

“Vee dah cukup bahagia sekarang ni Amar.”

“Menjadi pelukis jalanan, itu yang Vee cakap bahagia? Vee ingat, hasil jualan lukisan Vee tu cukup nak sara hidup Vee? Vee ingat, hasil jualan lukisan tu boleh nak bayar sewa Apartment dan kereta Vee tu? Vee ni tak matang sungguh, Tuhan dah beri Vee segala – galanya, tapi sikit pun Vee tak bersyukur. Sedangkan, berapa ramai lagi manusia dalam dunia ni nak jadi macam Vee, nak ada apa yang Vee ada sekarang. You so rubbish Vee! Vee ni manusia yang tak pandai nak bersyukur.” Nada Suara Amar semakin meninggi. Vee memang degil.

“Amar, leave me alone!”

“No!”

“Amar, pergi! Vee cakap pergi!” Suara Vee juga ikut meninggi.

“Vee, banyak cara lagi Vee boleh guna untuk melihat orang – orang di bawah Vee. Tapi, bukan dengan cara ini. Vee tak harus korbankan apa yang Vee ada untuk puaskan hati Vee, puaskan hati orang keliling.

“Amar, please leave me alone!” Vee sudah mengetap giginya menahan geram.

“Okey, Amar pergi! Ingat Vee, matlamat tak menghalalkan cara. Jangan jadi derhaka Vee.” Ucap Amar sambil berlalu pergi.

Vee sudah menyilangkan tangannya memeluk dada. Kepala yang tadinya sudah hilang sakitnya kembali berdenyut. Kehadiran Amar petang itu membuatkan Vee bertambah sakit hati.

Bagaimana mahu memilih andai yang harus dipilih itu tiada langsung keuntungan kepadanya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience