BAB 4

Romance Completed 6080

“Kay… termenung je. Kau okey ke?” Kay angkat kepala melihat gerangan yang menegurnya. Senyuman diukirnya apabila melihatkan wajah gadis kacukan cina di depannya.

“Kau gaduh dengan Vee ke?” gadis itu masih tidak berhenti bertanya.

“Tak lah. Aku okey je!” Kay cuba buat – buat gembira.

“Tak baik tipu,”

Kay mengeluh. “Entahlah Meera, Kay buntu.”

“Kenapa? Pasal Vee kan?”

Kay angguk perlahan. “Vee merajuk.” perlahan suara Kay.

“Merajuk?” Meera ketawa kuat. Hanya kerana Vee merajuk, Kay bertukar menjadi sasau!

“Tak lawaklah Meera.”

“Meera tak cakap lawakpun. Meera cuma ketawa. Kay sukakan Vee ye?”

“Tak lah.”

“Ye, Meera nampak dari mata Kay.”

Kay senyum segaris. “Tapi Vee tak suka Kay.”

“Kalau Vee merajuk, maknanya Vee pun ada hati pada Kay agaknya.” Meera sengaja menduga.

“Kami tak setaraf. Vee tu anak orang kaya, peguam terkenal pula tu. Apa ada pada Kay? Kay tak ada apa – apa. Kay cuma graduan menganggur, kerja pun dekat kedai lukisan je. Lainlah Vee, walau dibuang keluarga, akaun dia tetap penuh, ada je duit masuk.”

“Kay, itu bukan masalahnya!”

“Meera tak faham.” balas Kay seraya bangun dari kerusinya. Sungguh tiada sesiapa faham perasaannya.

“Kay! mungkin Kay akan faham kalau Kay jumpa dengan lelaki kacak yang selalu datang melawat Vee semenjak dua menjak ni.” Langkah Kay terhenti. Lelaki? Vee dah ada lelaki lain?

Vee…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience