BAB 1

Romance Completed 6080

“Kau rasa, dunia ni adil ke?” soal Kay kuat. Pertanyaan itu dilontar kepada Vee yang sedang memfokuskan pandangannya kepada gerakan air di Sungai Klang itu.

Vee mendegus. “Adil dari persepsi apa yang kau mahu tahu?”

Kay hanya membisu. Pertanyaan Vee itu seakan – akan sinis menerjah telinganya. Sangat sinis, hingga mampu terguris!

Sebiji batu sebesar kelingking dibalingnya ke dalam sungai berwarna seakan tea tarik itu. Permukaan air sedikit beriak ketika batu itu mencecah permukaan air.

Vee mengukir senyuman. “Adil itu sama seperti batu tu, sungai Klang pulak sama macam bumi Kuala Lumpur ni, susah nak definisikan makna ‘adil’ tu.”

Mata Kay masih memaku ke permukaan sungai. Di kepalanya berlegar – legar maksud perkataan Vee tadi.

Vee, seorang gadis jurusan undang – undang, anak orang kaya tetapi dibuang keluarga hanya kerana dia memilih untuk menjadi seorang pelukis potret. Pertama kali menjadi seorang Peguam bela kepada seorang anak VVIP yang didakwa atas tuduhan merogol seorang anak penoreh getah dibawah umur telah membuka mata Vee kepada dunia seorang miskin yang tidak pernah dia sedar.

“Perkataan adil tu besar, mungkin kau rasa benda tu tak adil sebab kau tak diberi peluang. Tapi, cuba bayangkan next time kau dapat peluang tu, mungkin persepi kau akan berubah. Kadang – kadang, apa yang kita nak tu bukan apa yang Allah tentukan untuk kita. So, be patient bro!” balas Vee sambil membetulkan rambut depannya yang hampir menutup mata.

“Kau rasa, apa yang kau buat pada diri kau sekarang, adil?” Kay masih tidak mahu berhenti mempersoalkan soal ‘adil’ kepada Vee.

Vee senyum segaris. Masih tidak terkesan dengan pertanyaan Kay.

Jika mahu dibicarakan tentang ‘adil’, memang Vee punya banyak hujah. Seorang peguam muda, pelajar terbaik dan mahasiswa hebat memilih menjadi seorang pelukis jalanan hanya kerana mahu mempertahankan makna adil.

“Vee, kau tak faham! kau bukan macam aku. Aku lahir dari keluarga miskin, duduk kawasan pendalaman. Dulu, shopping mall pun aku tak kenal, Bangunan KLCC tu dalam mimpi pun belum tentu aku boleh bayangkan. Hidup kita lain. Makna adil pada kau pun bermaksud lain.”

Vee sudah menggelengkan kepala. Lelaki bernama Kay itu memang keras hatinya. Masih tidak mahu menerima takdir yang sedang mengipas jalan hidupnya.

“Dalam hidup ini, tak ada fairytiles dude! yang ada cuma chapter. Imagine, setiap buku hidup kita ada kisahnya sendiri. Aku memang tak faham kau, kau juga tak faham aku. Seri!” jawab Vee.

“Aku faham kau, kau yang tak faham aku!” bentak Kay. Separuh marah.

“Kay, kalau kau faham aku, kau tak akan utarakan dan tak akan bangkang cakap aku.”

“Tapi Vee…”

“Kay, boleh jadi aku bukan berada di tempat kau, boleh jadi kau cakap semua ini tak adil kerana latar belakang keluarga kita berbeza. Tapi, aku kira kau lebih bertuah dari aku. Kau kurang pada kekayaan, tapi kau mewah dengan kasih sayang keluarga. Kau tengok aku, keluarga aku mewah dengan wang berkoyan – koyan, tapi aku miskin kasih – sayang, aku dibuang hanya kerana mempertahankan soal ‘adil’. Kau rasa, adil ke untuk aku terima semua ini?” Vee mendengus kasar.

“Aku tak bermaksud macam tu,” Kay terasa sedikit bersalah.

“It’s okey, aku faham,” Vee sudah melangkah masuk ke dalam ruang legar Central Market. Sedikit terasa hatinya tatkala teringatkan keluarganya.

Kay hanya memandang belakang tubuh Vee hinggalah gadis itu hilang disebalik orang ramai di ruang legar Central Market.

Apa yang dikatakan oleh Vee sungguh tidak dapat disangkal oleh Kay. Mana mungkin Kay boleh menandingi hujah peguam muda itu. Sangat rude!

Tali leher yang mengikat batang tengkuk dilonggarkannya, butang baju kemeja di ditangan dan kolar yang menutup bahagian leher dibukanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience