BAB 7

Romance Completed 6080

“Maknanya, Vee akan berkahwin dengan Amar?” soal Meera seakan terkejut. Kay hanya mengangguk lemah.

“Kay rasa macam tak nak pergi interview esok. Kay rasa down. Rasa macam separuh dari harapan Kay dah hilang bila teringatkan kata – kata Vee.” Kay sudah mendegus kasar. Kecewa sungguh hatinya tatkala teringatkan Vee.

“Kay, positiflah! Vee bukan tak terima, Vee nak Kay berusaha.”

“Apa gunanya? kalau Kay usahapun, Vee tetap akan kahwin dengan Amar.”

“Kay cepat putus asa! jangan kata Vee, Meera pun sakit hati dengan perangai loser Kay ni!”

“Meera tak faham. Dunia Kay dan dunia Vee berbeza! macammana Kay usaha, Kay tetap tak boleh nak tandingi Amar, jauh panggang dari api.”

“Suka hati Kay lah, Meera dah malas nak campur.” Meera berlalu masuk ke dalam kedai. Sengaja membiarkan Kay melayan perasaannya sendiri.

Meera mula mengenali Kay sejak setahun yang lalu ketika Kay diterima kerja sebagai pembantu jualan di kedai lukisan sebelah kedai cenderahatinya. Terus – terang, Meera pernah jatuh hati dengan Kay, tetapi perasaan itu hilang apabila Kay dengan tidak sengajanya terlepas cakap kepada Meera bahawa dia mencintai Vee.

Kisah itu sudah berlalu, kini Meera sudahpun menjadi tunangan orang, lelaki pilihan keluarga yang menjadi pilihannya juga.

Kay masih duduk di kerusi kerjanya sambil matanya memandang satu persatu lukisan yang tergantung di dinding kedai itu. Di fikirannya masih ligat memikirkan tentang Vee dan Amar.

Amar cintakan Vee. Tapi, adakah Vee juga cintakan Amar?

Vee…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience