BAB 2

Romance Completed 6080

Interview kali ini adalah interview kali kelima yang menemui jalan kegagalan. Semuanya menemui kegagalan apabila Kay gagal bertutur dalam bahasa Inggeris dengan sempurna. Hanya kerana alasan itu, permohonan Kay ditolak mentah – mentah. Ikutkan, Kay juga bukan lelaki sembarangan, Kay lulusan Ijazah dari Universiti tempatan. Kay mampu memahami setiap tutur dan laras bahasa asing itu, tapi sebagai seorang anak kampung yang tinggal di pendalaman, keyakinan Kay untuk bertutur dalam bahasa inggeris sangat rendah.

Malu. Itu punca utama masalahnya. Sudah berkali – kali Vee mengajarnya, sudah berkali – kali Vee memberi semangat, tapi semuanya berkesudahan hampa.

Kay dan Vee memang berbeza.

Kay, seorang pemuda bijak yang datang dari sebuah kampung pendalaman, yang tidak biasa dengan dunia moden, yang hanya tahu bertutur dalam bahasa melayu tinggi, yang hidup biasa dengan makanan kesukaannya adalah ikan pekasam.

Vee, seorang gadis bijak yang sudah biasa tidur berlapikkan kemewahan dengan cara hidup ala – ala inggeris yang sudah hilang makna halal dan haramnya, tinggal bersama ibu – bapanya yang mementingkan nama dan harta dari kebahagiaan, yang mengukur kebahagiaan dengan berapa berkoyan – koyannya harta yang terkumpul. Malah, keluarganya juga lebih mementingkan bahasa Inggeris sebagai bahasa basahan mereka. Keluarga Vee mahu menjadi contoh kepada Melayu Urban yang tinggal di tengah – tengah kota Kuala Lumpur, Melayu urban yang tidak makan mahupun menyentuh sedikitpun ikan masin, jauh sekali ikan pekasam!

Kay dan Vee, bertemu di kota ini, kota Kuala Lumpur yang terlalu banyak benda tersembunyi. Bermula di kota ini, mereka sama – sama mencuba melastik bintang. Mencari makna disetiap persoalan.

Jika Paris adalah kota cinta, Jangan terkejut jika Kuala Lumpur adalah kota kehidupan!

Macam – macam ada! sama macam iklan astro.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience