BAB 6

Romance Completed 6080

“Vee… ”

“Apa lagi ni?” Vee bangun dari duduknya, badan dipusingkan ke belakang melihat wajah yang menegur.

“Betul ke apa yang aku dengar ni?” soal Kay.

“None of your business!” marah Vee.

“Kau nak kahwin dengan lelaki tadi tu ke?”

“Leave me alone Kay, please Kay… please!” Vee sudah seakan merayu.

“Vee, tolong jangan kahwin dengan dia, tolong jangan pilih dia… aku cintakan kau!” Kay sudah tidak mahu merahsiakan lagi perasaannya kepada Vee. Kali ini Kay nekad, Vee tidak harus dilepaskan.

Vee tersentak. Kay cintakan Vee. Nyata, Vee tidak bertepuk sebelah tangan!

Vee menarik nafas dalam – dalam. Lelaki sebaik Kay tidak harus dipersiakan. Tapi, Kay tidak boleh hanyut dalam perasaan sendiri. Vee tiada pilihan.

Vee ketawa tiba – tiba.

“Lelaki lembik macam kau nak pada aku? Hey kawan, kau dah cermin muka kau tu ke Kay? lelaki yang kau tengok tadi tu nama dia Amar, CEO di Tiara Holding, bangunan lima puluh tingkat tu dia punya. Kau apa ada? yang aku dengar dari kau, tak habis – habis soal ‘adil’ kau tu je. Berusahalah Kay, aku cabar kau… kalau kau mampu jadi seperti Amar, aku janji, aku tunggu kau Kay. Aku nak kau jadi seseorang, kalau bukan untuk akupun, mungkin untuk orang lain.”

Bahu Kay ditepuk perlahan seoalah – olah semangatnya disalurkan ke tubuh Kay.

“Vee, kau reject aku sebab lelaki tu?”

“Bukan. Aku reject kau sebab aku tak nak jatuh cinta dengan Kay yang aku jumpa hari ini. Aku nak Kay yang berwawasan, ada matlamat hidup dan tak mudah putus asa. Kalau orang lain boleh, kau pun bolehkan?”

“Aku faham, pipit dan enggang memang tak boleh terbang bersama.” sayu suara Kay.

“Kay, kau memang lelaki lembik!” ucap Vee geram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience