BAB 3

Romance Completed 6080

“Vee, aku mintak maaf! aku emo sangat tadi.” wajah Vee yang sedang khusyuk menghadap kanvas dengan berus cat yang sudah mencoret pelbagai warna di kanvas putih dipandangnya.

Masih pegun. Beku.

“Aku tahu… aku sedar aku salah. Definisi kita berbeza. Tapi, perbezaan itu yang menjadikan kita rapat. Aku mintak maaf ye!” Kay masih tidak berhenti memujuk.

Wajah Kay dipandang Vee sekilas. Malas mahu melayan lelaki yang cepat putus asa seperti Kay!

“Vee, kau tak nak cakap dengan aku lagi ke?”

“Kau nak aku cakap pasal apa? aku dah muak melayan kau mempersoalkan tentang adil. Muak. Kau faham tak maksud muak tu apa? nak aku terangkan juga maksud dia apa ke?” suara Vee sudah mula berubah nada. Marah.

“Vee…” Kay sudah mula buat muka sedih. Sungguh, ini pertama kali Kay melihat Vee marah. Kali ini Vee memang betul – betul marah!

“Apa lagi? kau tak nampak aku busy ni?” ucap Vee seraya mengerutkan keningnya.

“Esok aku ada interview lagi. Kau doakan aku ye!”

“Doakan pun tak guna kalau orang tu tak kuat semangat. Lembik macam pondan!” Sinis kata – kata yang keluar dari mulut Vee.

Kay mengeluh perlahan. “Sampai macam tu sekali kau cakap pada aku Vee?” balas Kay dalam nada kecewa. Sungguh tidak Kay sangka, seorang gadis yang dipujanya dalam diam sanggup menuturkan kata – kata itu kepadanya.

“Aku pergi dulu!” tambah Kay sambil melangkah meninggalkan Vee.

Larikan berus pada kanvas putih terhenti. Pandangan Vee beralih kepada Kay yang sudah mula membelakangkannya. Sungguh Vee tidak berniat mahu menyakiti Kay. Tetapi hanya itu sahaja cara yang Vee ada untuk menaikkan semangat Kay.

Kay kena kuat. Kay kena percaya pada janji Tuhan. Hidup ini bukan mudah, tiada kisah fairytale dalam dunia ni. Perjalanan ini panjang, Kay harus belajar mencari cinta Tuhan di sebalik semua pengalaman.

‘Kay, bertabahlah mengejar pelangi’ ucap Vee di dalam hati.

“Kay, sebagai seorang kawan, aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kau…” ucap Vee perlahan seolah – olah Kay sedang berada disebelahnya saat ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience