BAB 10

Romance Completed 6080

Kertas berwarna ungu muda itu masih kejap dalam genggaman Kay. Air matanya tiba – tiba jatuh. Sungguh tidak dia menyangka bahawa dua hari lepas adalah kali terakhir dia bertemu dengan Vee.

Perpisahan.

Kini Kay dan Vee terpisah. Vee hilang tiba – tiba. Entah ke mana.

“Sabarlah Kay, hormati semua keputusan Vee. Meera yakin, Vee ada sebab kenapa dia kena pergi.” Meera masih cuba memujuk.

“Tapi kenapa dia tak tunggu Kay?”

“Meera tak tahu,”

“Vee…”

“Sabarlah Kay, kalau dah jodoh Kay bersama Vee, Meera yakin Kay akan berte,mu dengan Vee lagi.

“Meera tak faham,”

Kertas ungu bertulis tangan itu dilipat kemudian dimasukkan ke dalam poketnya. “Kay balik dulu, dah tak ada apa untuk Kay dekat sini.” sayu suara Kay.

“Kay, jangan lupa… dekat sinilah terciptanya kenangan dan memori kau dengan Vee.”

“Aku tak akan lupa, dekat sini juga Vee reject aku.”

“Kay, jangan cakap macam tu,”

Kay hanya mengukirkan senyuman tawar kepada Meera lalu menapak meninggalkan tempat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience