BAB 8

Romance Completed 6080

Kalaulah Kay tahu Vee sebenarnya juga mencintai dirinya, agak – agak apa reaksi Kay agaknya? Sungguh, kata – katanya semalam dan reaksi Kay membuatkan Vee terasa amat bersalah. Tentu kini Kay rasa rendah diri, tentu saat ini Kay kecewa.

Jam di tangan dikerling sekilas. Sudah pukul 11.00 pagi, tetapi bayang wajah Kay masih tidak kelihatan seperti selalunya. Kerana rasa bersalah yang menggunung, Vee bangun dari menghadap muka lukisan lalu berjalan ke kedai lukisan tempat Kay bekerja yang terletak beberapa meter dari kiosk kecilnya.

“Kay!” panggil Vee sambil berjalan masuk ke dalam kedai dua tingkat itu.

“Eh, Vee…” Pak Samad, pemilik kedai itu mengukir senyuman pada Vee saat berselisih dengannya.

Senyuman Vee ukirkan tanda membalas senyuman lelaki separuh umur di depannya.

“Pak Samad, Kay mana ye?”

“Kay ada interview.”

“Ye ke, dekat mana?” soal Vee ingin tahu. Semalam, kerana terlalu emosi, tidak langsung dia teringat mahu bertanya pada Kay.

“Empire One Holding,”

“Empire One Holding?” soal Vee tidak percaya. Bulat matanya memandang wajah tua itu. Pak Samad mengangguk.

“Kalau macam tu tak apalah, Vee call Kay sendiri,” tambah Vee seraya mengeluarkan I-phone 5 dari poketnya. Nombor Kay didailnya.

Kali pertama… tidak berjawab

Kali kedua, masih tidak bersambut.

Kali ketiga, talian terus dimatikan.

“Kay…” ucap Vee perlahan. Ada sesuatu harus diberitahunya pada Kay.

Vee mendegus perlahan. Vee tiada pilihan. Segala yang Vee lakukan sekarang, semuanya demi kasih – sayang Vee kepada Kay. Kadang – kadang, kita harus menjadi kunci kepada kebahagiaan orang lain, kadang – kadang kita perlu menjadi pembuka jalan rezeki untuk orang lain.

Kay harus diberi peluang, kini Kay dapat peluang itu. Demi Kay, Vee sanggup berkorban. Kay harus dapat peluang itu.

Kali ini, sekali ini, Vee berkorban.

Galeri panggilan di dalam I-phone 5 itu dibuka, laju tangan Vee mencari satu nombor telefon seseorang. Setelah nombor itu terpapar di skrin, butang hijau dipermukaan skrin ditekannya.

I-phone itu diletakkan di telinga sebelah kirinya. Hati Vee berdebar pelbagai irama saat menunggu talian itu bersambut.

“Hello,” kedengaran suara yang cukup dirinduinya itu di hujung talian.

“Papa…” ucap Vee perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience