1 ~ "Andai waktu itu mampu berbicara, pasti tiada kisah antara kita" - THE PROMISE

Short Story Series 6590

"Good morning , Beautiful."
Skrin telefon pintarnya dipandang tunak. Bibir indahnya mengukir senyum. Ucapan pagi yang dihantar Ariz, seperti biasa menyerikan lagi hari- hari indah Nina.

Nina menggeliat.Jemarinya membalas bait pagi kepada Ariz.
Sejurus kemudian , Ariz terus menghubunginya.

ARIZ SAYANG

Nama diskrin dibacanya.Butang hijau dislaid.

"Hellu! Huhu . Bicara Nina bahagia.Selama 4 tahun lamanya, Ariz belum pernah gagal untuk tidak menghubunginya setiap pagi, sejurus celik mata terbuka. Namun, bukan hanya itu yang Nina banggakan, sudah 4 tahun juga , kesungguhan Ariz menerima dan bertahan dengannya membuatkan hati wanitanya sungguh terharu.
"Ariz, Nina sungguh mencintaimu."
Bisiknya dalam hati. Takkan pernah ada lelaki lain dalam hidupku ,selain dari Ariz seorang. Bahkan adakah lelaki lain yang sanggup bertahan dengannya ? Nina seorang gadis manja yang berdikari, bijak, sedikit egois dan keras kepala. Perwatakannya berubah-ubah mengikut mood. Kadang kala terlalu bahagia, terlalu sedih, terlalu baran ,terlalu baik dan terlalu nakal.

"Okay.I will." Janji Nina . Ariz menegaskan Nina , bahawa hari ini dia harus mengotakan janji untuk memanfaatkan cuti tamat belajar diplomanya dengan sesuatu yang baik.
"Hmm trust you. Remember O.K . After this I'm gonna shower and get ready to Uni. See you later. Love you.."
"Love you too. All the best for today!"Balas Nina.

Assalamualaikum.Tup. Talian dimatikan.

Iphone 6 miliknya diletak elok atas meja.

Sambung tidur! Hatinya melonjak. Berehat sepuas-puasnya sebelum terlambat. Nina yakin usai bangun dari tidurnya nanti, dia akan mengotakan janjinya pada Ariz yang dicintai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience