12~ "Ketika waktu mendatangkan cinta. Aku putuskan memilih dirimu. Setitik rasa itu menitis Dan semakin parah"-THE PROMISE

Short Story Series 6590

BUTTERFLY...
TERBANGLAH TINGGI
SETINGGI ANGANKU
UNTUK MERAIHMU
MEMELUK HATIMU.. DAN
UCAP SEMUA KATA- KATA RINDU

********

" Is everything OK Sayang ? Hellu? "..
Ariz berasa pelik dengan kelakuan Nina sejak akhir- akhir ini. Punca dari apa ? Dia sendiri kurang pasti. Nina suka mengelamun.

"Ya.. Im Okay." Balas Nina hampa..

Nina memikirkan tentang Shiraz. Resah tentang Shiraz. Khuatir tentang Shiraz.Hatinya tidak tenteram. Segala-galanya Shiraz! Shiraz! Shiraz!

Ahh!

Perasaannya pada Ariz sungguh berbeza berbanding dulu. Hatinya tidak lagi terpaut pada Ariz.

Ariz. Ya Ariz, yang paling dicintai dahulu..
Benarkah dia mencintai Shiraz ? Apa benar Shiraz mencintainya?
Siapa lebih mencintai siapa?

Janji temunya bersama Ariz pada hari ini lebih singkat daripada biasa. Getaran Iphone milik Nina membuatkan dia tidak tenteram, tatkala bersama Ariz. Kiriman Whatssap bertalu- talu dari Shiraz mengacau bilaukan harinya bersama Ariz.Serious!Serabut

******

"Thank you, hantarkan Nina balik.. and really sorry tak dapat spend time lebih lama". Nina memohon maaf atas segala yang berlaku.

Ariz seorang lelaki yang baik dan memahami.Sungguh..
Nina berasa hairan, mengapa Ariz yang terlalu sempurna dimatanya, tetapi Shiraz yang dicintainya ?

Cinta?

Ya..cinta membuatkan manusia buta segalanya...

Nina membuka tas tangan 'Vincci' dan mengeluarkan Iphone miliknya untuk membalas segala 'keresahannya'.

Esok selepas habis kelas, Shiraz berjanji untuk menjemputnya dan bersiar-siar.

Nina memikirkan Ariz .. diselangi wajah Shiraz. Siapakah yang dicintainya dan paling mencintainya ?

Lampu tidur dimatikan.
Nina berdoa agar segala kekacau bilauan hatinya, menemui jalan penyelesaian..

Ameen Ya Rabbal Alamin..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience