13

Short Story Series 6590

Ada dua jalan cerita
Duka atau bahagia
Mahu pilih yang mana
Hati masih bertanya
Lekas, aku mahu jawabnya

*******

1130 AM

Nina bingkas bangkit dari katil!

Dah lambat.
'Hmm.. nampaknya tak ke kelas harini ? ' Soalnya sendirian. Nina tersenyum lebar. Dia bingkas ke bilik air.Selepas mandi , Nina bercadang mahu mendial satu nombor.

******

"Assalam.Hi Sayang"jawab Shiraz bahagia.
"Hi .. hihi. Emm harini Nina tak ke kelas. Maybe kita boleh jumpa lebih awal?"Soal Nina sambil membetulkan eyeliner di matanya. Dia sudah bersiap-siap..

Entah mengapa hatinya berasa berdebar dan sudah pasti, tidak sabar menemui dia...

******

' Tolong belikan saya Koryo-won macam biasa, kak long. Terima kasih. '

Butang SEND ditekan.

Ariz sambung menyiapkan thesisnya, sebentar lagi dia akan menghubungi Nina. Pasti kelasnya sudah habis pada waktu itu. Sejak akhir ini, Nina sudah jarang 'update' dan menghubunginya. Seandainya Ariz tidak call, maka tidak ada satu panggilan lah yang akan dia terima dari Nina.

Ariz memikirkan sesuatu. Mungkin Nina ada orang lain selain nya?

******

" First-time ke Shiraz makan sini?" Nina mula mengatur langkah ke perut restoran. Menghidangkan makanan korea, sudah pasti menjadi pilihan Nina.

"Ya.. Shiraz tak biasalah. Nina orderkanlah."
"Hihi. Okay . Make sure makan tauu." Balas Nina sambil mengutarakan order pada pelayan.

Usai makan, Shiraz merancang untuk membawa Nina ke Ice- Skating.
Disana, Shiraz mahu Nina berterus terang tentang perasaan sebenarnya.

****

Jaga kau hati-hati
Takut ia dicuri
Kelak nanti kau kan patah hati
Mungkin akan terjadi
Tapi masih tak pasti
Harap engkau mengerti

Lihat pada indah bulan bintang
Namun hilang bila tiba siang
Dan kerna itu ku rasa bimbang
Untukmu cintaku

"Yes. I do love you too Shiraz......

"Seriously Nina?"

Shiraz berasa senang hati dengan jawapan Nina.Sungguh..

Kenangan bersama di Ice -Skating merupakan suatu memori yang tidak dapat dilupakan.

21 SEPT 2016

Lantas tarikh itu menjadi tarikh istimewa Shiraz-Nina.
********

Malam itu Nina cuba melelapkan mata.

'Ya, aku mencintai Ariz. Ariz sungguh mencintaiku. Nina teringat akan janji yang dulu pernah mereka ungkapkan..

'Semoga kita saling menyayangi dan mencintai antara satu sama lain hingga akhirnya.. Insyaallah Amin Ya Rabbal Alamin. Semoga hati kita tak pernah berubah dan saling memperbaiki diri . Jangan ada betrayal antara kita !Ingat tu. Ini janji kita. "OUR PROMISE".'
3 MAY 2012
Nina-Ariz

Dan kini..
Nina lah yang telah memungkiri janji.

KISAH JANJI
DIMUNGKIRI LAGI

Sia-sia ku Mencintaimu Setia padamu
Percayakanmu Sebak dadaku
Retak hatiku Luka jiwaku Dihiris pilu

Nina mematikan lagu 'Beribu Sesalan ' di muzik aplikasi JOOX itu. Dia mahu tidur lena tanpa memikirkan apa-apa lagi.

Benarkah Shiraz mencintainya ? Seandainya dia harus memilih Ariz atau Shiraz, dan seandainya dia memilih Shiraz, apakah tepat pilihannya? Menyesalkah Nina suatu hari nanti?

Wahai merpati dua sejoli
Jangan kau terlupa
Ikutkan hati engkau kan mati
Ikutkan rasa kau binasa

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience