2

Short Story Series 6590

Jalan pernah takut ku tinggalkan 
Saat bintang tak mampu lagi berdendang 
Saat malam menjadi terlalu dingin 
Hingga pagi tak seindah biasanya...

Alunan lagu dari corong radio Cool FM itu mengejutkan Nina dari dibuai mimpi. Mama , suka buat kerja kemas rumah sambil dengar radio kuat - kuat. Rumah yang didiami tidaklah sebesar mana, walau pintu ditutup rapat , pasti kedengaran jua.

Nina bingkas bangkit dari tempat tidur. Iphone 6 yang terletak elok di atas meja dibelek.
"Oh.Dah sampai...Bicaranya dalam hati. Semoga Ariz dapat jawab soalan Hydraulics dengan baik. Peperiksaan akhir tahun inilah bakal menentukan sama ada Ariz akan meneruskan pelajaran ke peringkat Master di Uni yang sama atau sebaliknya.

Fikirnya, biarlah Ariz bertukar tempat belajar. Nina tidak gemar seandainya Ariz masih meneruskan pelajarannya di University of Nottingham, Semenyih itu.

Alia Zahirah.

Ya, dia teringat perempuan itu. Nina merengus. Entah kenapa, Nina sungguh benci dengan dia. Hatinya berharap agar Ariz dijauhkan dari perempuan itu, walaupun ternyata, mereka sekelas.

Huh!

Nina benci dia!

Kenapa?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Syukur.
Segalanya dah berakhir. Alhamdulillah...

Ariz melepas nafas lega. Soalan Hydraulics sememangnya sukar. Mujur malam tadi sempat bertukar soalan tahun tahun lepas di email bersama Kelvin, Bin Hong dan rakan sekelas lain. Tambahan pula , ada juga rakan sekelas yang lain sudi berkongsi jawapan di aplikasi group Whatssap.

Jarinya ligat mendial nombor Nina yang dicintai.

Hello!

"How's everything?" Soal Nina . Suara Nina kedengaran bahagia.
" Hmm.. everything was OK. Just nice. Tidak terlalu susah dan tidak pula terlalu senang. Niatnya mahu terus memandu ke Ampang Point menemui Nina, sejurus lepas talian ini dimatikan.
Langkahnya diatur menuju ke Volkwagen biru miliknya, sambil rancak berbual di telefon.

"Okay , I'll see you in a while! I tunggu dekat tempat biasa tau. Popular..."
Cadang Nina.
"Okay Sayang. Byebye. See you. Love you.

I Love You too, Ariz!

Nina terus menekan butang lif, menuju ke tingkat 1. Perutnya mula berkeroncong tanda lapar, bahana tidak menjamah sebarang makanan dari pagi. Mama memintanya untuk kemas bahagian dapur, sementara ada masa terluang.Kata mama, "tak bagus anak dara bangkit tidur lewat. Nanti mak mertua tak suka!"

Nina sekadar mendengar.
" Mungkin betul kata mama..." desisnya.

Aunty Jue.

Ibu Ariz.

Aunty Jue atau ibu Ariz adalah orang yang sama.

Hendak memikat hati sang ibu Ariz tercinta, bukanlah perkara gampang.Walaupun 4 tahun lamanya berkawan, Ibu Ariz masih belum yakin bahawa mereka sudah bersedia ke alam perkahwinan. Mungkin saja itu sekadar alasan. Kata sajalah Nina bukan menantu pilihan!

Bentak Nina dalam hati. Fikiran negatifnya mula berkembang.

Ish.Ish. Sudah.

Berhentilah.

Nina mula membantu mama. Rencananya selepas ini, mahu ke Ampang Point , mencari jawatan kerja kosong sambilan, seperti yang dijanjikan pada Ariz pagi tadi. Mahu mengisi masa terluang dengan sesuatu yang baik.

"Kerja.Kumpul duit, boleh sambung Degree .. "
Fikir Nina.

Nah, terus dari situ, dia tidak menjamah apa-apa hidangan pagi mahupun tengahari.

Nina terus melangkah ke perut Kedai Buku Popular untuk mencari bahan bacaan menarik.

Ketibaan Ariz dinanti-nanti...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience