4 ~ " Biarkan waktu itu berbicara tentang kisah antara kita" - THE PROMISE

Short Story Series 6590

Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati..

" Aku akan menjagamu.... semampu dan sebisaku..." bait lagu itu diingati dan dilontar kecil Nina sambil mengukir 'eyeliner' di matanya itu.
Seperti biasa, muzik adalah peneman Nina , tak kira semasa bersolek, ketika bosan di bilik bahkan ketika sedih meraung juga, muzik tetap jadi pilihan utamanya.

Astaghfirullahalazim.
Semoga Nina tidak lalai ketika mendengar muzik.

Nina: ~ " I'm on the way to work..

Butang send ditekan.

Seperti biasa juga, Nina akan 'update ' segala aktiviti yang dia lakukan sepanjang hari kepada Ariz. Begitu juga Ariz. Mereka terbiasa begitu sejak 4 tahun yang lepas. Mereka juga berjanji akan terus setia hingga ke akhir hayat..

Inshaallah Amin.

Nina mula mengatur langkah ke tangga. Bersiap sedia untuk memulakan perjalanan hari pertamanya di tempat kerja. Fikirnya, biarlah tiba awal sedikit dari masa asal waktu kerja. Sekali gus memberi impak 'first impression' yang bagus tentangnya !

Ayah

"Minta tolong hantarkan Nina pergi kerja boleh ?" Soal Nina dengan penuh pengharapan. Hari ini dia tidak berpeluang berbuka puasa yang ke 3 bersama keluarga. Shiftnya pada hari pertama bermula dari jam 5 hingga 9 malam.

16:30

Jam di dinding dibaca. Ayah sudah memberikan isyarat 'baik' untuk menghantarnya ke Pizza Hut.

********************

Surica!

"Kau dah call ke budak baru tu ? Hari ini dia masuk kan ?" Soal Azrul dingin. Bukan apa, Surica sering saja melakukan atau membuat masalah disiplin. Sangat tidak komited dengan kerja. Mahu tak 'panas' Azrul. Semua pekerja kurang 'berhubungan' baik dengannya. Walaupun Surica merupakan Shift Manager, namun, semua staff termasuklah part time, kurang memberi sepenuh hormat padanya.

"Dah .

Surica hanya berbasa basi . Sekiranya boleh, dia akan cuba untuk tidak bersemuka atau bercakap dengan Azrul.

" Hi, welcome!!

Nina tersenyum manis. Sapaan dari pekerja di situ membuatkan Nina berasa selesa. Mungkin mereka semua sudah diberitahu tentang kehadiran hari pertamanya. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi empuk. Suasana di restoran sedikit lengang.

" Puasa tak ?" Soal salah seorang daripada mereka dengan nada ingin berbaik. Umurnya mungkin dalam lingkungan 21an.

"Inshaallah , puasa.Balas Nina sambil tersenyum. Patutlah lengang. Bulan Puasa .

Sebuah keluarga dalam kira- kira 7 orang memasuki perut restoran. Seorang staff berbaju merah hati mengarak mereka ke meja. Pada masa yang sama, Nina juga turut memerhati cara mereka bekerja . Nah! Dari situ Nina boleh belajar sedikit demi sedikit. Tidaklah terasa kekok nanti.

Seseorang berjalan menuju ke arah Nina.

Siapa dia ?

"Pasti manager atau supervisor disini..."Desis Nina dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience