15~ "Waktu bergulir lambat, merantai langkah perjalanan kita .Berjuta cerita, terukir dalam dan menjadi sebuah dilema"- THE PROMISE

Short Story Series 6590

"Dah lama kita tak jumpa kan?" Soal Ariz sambil mengunyah daging kegemarannya di Restoran Koryo-won itu. Menyajikan makanan Korea, sudah semesti pilihan Ariz. Lagipun, Nina turut menggemarinya.

"Ya.. lama juga. Nina pening dengan kertas kerja. Menyesal juga ambil course Mass-Comm ni." Balas Nina sambil mencebik. Nina sememangnya manis sekali dipandang. Maka tidak hairanlah, Nina menjadi tumpuan mata lelaki diluar sana.

"Ada masalah ke?" Ariz cuba mencari keikhlasan Nina , dari ekor matanya. Ariz tak habis fikir, kenapa Nina sanggup mencuranginya.

Ya.Ariz dah tahu.Kelmarin dia mengekori Nina sejurus habis kelas. Seperti biasa, Nina akan memberitahu Ariz di mana kelas dan tamat kelas. Selepas habis kelas Komunikasi, entah mengapa Nina seperti bergegas keluar. Ariz hanya mengekori dari arah belakang. Sangkanya, Nina mungkin akan menghubungi mengatakan kelas tamat dan ingin pulang.

Ariz hanya menunggu panggilan tersebut. Nina menghubungi seseorang.Pasti dirinya! Ternyata, kata Kak Long, silap. Nina jujur orangnya.

Ya Allah.

Hancur berkecai hati Ariz melihat Nina melambai-lambai ke arah sebuah kereta Honda merah hati dan seorang lelaki keluar membukakan pintu menjemput Nina masuk.
Mereka menuju Ke Sunway Putra Mall, dan menikmati makan tengahari di Restoran Chicken Rice Shop. Sungguh bahagia. Ariz hanya mendengar perbualan mereka dan dari situ, Ariz pasti dan mempunyai bukti kukuh, mereka telah berhubung lama dan telah lama...

menjadi pasangan kekasih.

Masakan panggilan Sayang-Baby digunakan sebagai KAWAN ?
Bersuapan , cara menatap antara satu sama lain, 'selfie' ?
Bodohkah Ariz seandainya dia tidak tahu menilai antara atas dasar kawan atau kekasih?
Sudah berapa lama dia hidup, seandainya masih belum tahu menilai?

"Ya. Ada sikit"balas Nina sambil tersenyum.

Ariz masih ingin menjejak mereka berdua.

"Okay, sharelah.Mungkin I boleh tolong." Ariz menawarkan diri untuk membantu Nina menyiapkan tugasan kolejnya. Sengaja dia berbuat demikian, mahu lihat sejauh mana Nina dan lelaki itu, ada masa terluang untuk bersama.

"Thank youuu ... thank you so much. Really appreciate it Sayang."Nina sungguh berterima kasih atas tawaran Ariz yang ingin membantunya. Sungguh. Terasa ringan sikit bebannya.

'Sayang.
Ada insan lain juga yang kau panggil sayang, selain diriku'.
Rintih Ariz dalam hati.

*******

Aku terlanjur cinta kepadamu
dan telah kuberikan seluruh hatiku
tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku

aku pun tak mengerti yang terjadi
apa salah dan kurang ku padamu
kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
karna sekali cinta, aku tetap cinta..

Ariz mendengar bait lagu yang diputar di stesen radio itu. Stesen apa kurang pasti. Seolah kena dengan keadaan yang sedang dilalui olehnya.

'Nina ...kenapa buat macam ni? Apa salah kurang aku pada Nina Ya Allah?'

Ariz benar-benar tertekan. Dia cuba menahan air matanya, namun gagal. Hatinya sedih,pilu, tak tahu, apa punca Nina sanggup mengkhianatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience