9

Short Story Series 6590

-------------------
12 AUGUST
-------------------

Semakin lama mengenali Shiraz, hati Nina mulai terusik. Nina tak pernah sangka sebegini rupa jadinya.

"Nina still ingat lagi, first text Shiraz,"usik Nina sambil menjeling ke arah lelaki di sebelahnya.

"Nina Sombong!"Ejek Nina lalu menoleh ke arah Shiraz. Shiraz hanya tersipu malu. Benar, dia tidak akan boleh melupakan permulaan kisah itu. Hanya kerana dua perkataaan itulah yang membawa kepada perhubungan Shiraz-Nina hingga kini.Bermula dari bertukar dan berbalas Whatssap, membuat janji temu pertama di GSC Pavillion, dari tidak pernah mengenali, kini saling mengenali. Bibit-bibit cinta mulai berputik dalam hati Nina.

"Eleh, Nina pergi melayan Shiraz pada masa tu kenapa?" Uji Shiraz, hanya sekadar ingin menduga sama ada Nina menyesali akan apa yang telah berlaku atau sebaliknya. Sebenarnya, bukanlah Nina yang melayan atau menjadi punca kisah ini berlaku. Shiraz sendiri usaha sekeras hati ingin memiliki Nina. Dan kini...

Nina tertawa kecil tanpa menjawab soalan yang dikemukakannya tadi.

Mereka menikmati makan malam yang indah di Secret Recipe itu. Shiraz merasai kebahagiaan dan keikhlasan Nina menerimanya.

********

Puas sudah Ariz mendail nombor Nina. Masih tidak berjawab.Ariz memutuskan untuk menenangkan hatinya..
Entah mengapa, sejak berjauhan dengan Nina, Nina seperti sedikit berubah.

"Ya allah.. apa yang telah berlaku antara kami berdua Allah..
Hanya engkau Maha Mengetahui segalanya..Berilah kami petunjuk-Mu Allah..
Amin Ya Rabb.."

Sejadah di lipat. Ariz hanya menunggu balasan aplikasi 'Line' dari Nina yang dicintai sambil merebahkan diri di katil. Semoga Nina baik-baik disana, itu doa buatnya.

*******

"Nina! Esok Shiraz plan nak pergi somewhere. It's suprise for you!"

Nina menoleh dan hanya tersenyum. Otaknya ligat memikirkan, esok temujanjinya bersama Ariz, bagaimana mahu menolak ?

Menolak SIAPA?

Ariz.
Nina segera mendapatkan 'handphone'nya di tas tangan.

7 MISSED CALL
30 LINE NOTIFICATION

"Shiraz! Hari nak lewat , do you mind to send me home ?"Soal Nina . Shiraz hanya tersenyum. Shiraz mengeluarkan sekeping not Rm50 dan membawa Nina ke parkir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience