3

Short Story Series 6590

TING..

Bunyi notification 'note' dari Iphone 6 milik Nina membuatkan dia tak sabar ingin mengetahui isi teks.

~ Almost reach :)

Nina tersenyum dihati. Lantas jemari kecilnya pantas membalas..

~ OK! :)

Pertemuan pada hari itu dinanti-nantikan, setelah 2 minggu lama tidak berjumpa. Ariz sibuk dengan Final Thesisnya, begitu juga dengan Nina, cuti habis belajarnya, baru bermula. Jadi , ia menyukarkan kedua-dua belah pihak untuk saling bertemu seperti selalu .Tak apa, kejap lagi nak jumpalah ni. Hatinya bunga-bunga.

Nina-Ariz.

Terngiang-ngiang suara dan raut wajah Ariz yang dicintai. Wajahnya yang tampak tampan sentiasa, ala-ala Chinese look...

Aku pun lawa juga...
Desis hati nakalnya! Hihik , Sabar.. sebentar lagi ya Nina..
Am I look pretty today ?" Soalnya sendiri.

Kak kalau saya baru nak berubah jadi baik, buku apa yang sesuai eh?

Kata - kata itu terbantut di dalam hati Nina.Gila!
"Tak mungkin aku akan bertanya soalan itu!" gumamnya dalam hati sambil tertawa.

KALAU BERPACARAN
OLEH FUAD HAJI SAM

Nina membelek-belek buku nipis itu. Nampak menarik. Isinya penuh dengan informasi berguna. Sesekali, Nina teringin juga jadi baik...

"Hello Beautiful!"

Ariz!

"Sihat?"soal Ariz sambil tersenyum.

Mereka mula rancak berbual. Sesekali, mata Nina ingin sahaja mengeluarkan air mata rindu pada Ariz yang dicintai.

Nina mula bercerita alkisah pencarian jawatan kosong di Ampang Point. Jawatan yang dicari tidaklah seperti jawatan di 'office job'. Nina sekadar ingin mencari duit poket untuk dikumpul, demi melanjutkan pelajaran ke peringkat Degree. Nina bukanlah berasal dari keluarga berada seperti yang digembar-gemburkan oleh rakan sekolejnya. Mereka fikir, mungkin gaya dan cara Nina membawa diri, membuatkan mereka salah tafsir mengenainya.

"I've got..but that one as a Part-time Service Crew. Pizza Hut, is that OK ?" soal Nina , sekadar meminta pendapat Ariz. Ariz merupakan seorang penasihat yang baik. Serba- serbi tentang Ariz cukup lengkap. Perhubungan selama 4 tahun lamanya, Ariz merupakan sahabat baik, kawan baik, musuh yang baik , segala- galanya Ariz! Berbalik pada kawan baik, lantas ingatan Nina kembali mengingati , Maisarah.

Ya! Suatu ketika dulu, dialah kawan baikku...
Namun, segalanya berubah. Nina akur. "Should understand, people can change.."Desisnya .

"Oh! Rindu nak jadi waitress semula lah ni?
Jaga-jaga... jangan ada perkara yang sama berlaku."Pesan Ariz sekadar mengingati.
Okay? You dahlah nakal!"

"Hihi. Baiklah, I jaga dirilah.No worries..." Janji Nina sambil mengangkat jari simbol 'peace'.

Terkenangkan zaman 4 tahun yang lalu, pertemuan yang tidak disangka-sangka dan terlalu singkat membawa Nina dan Ariz di tahap ini.
Bermulalah alkisah seorang waitress, sememangnya ditugaskan ambil dan catit order customer. Jika restoran tersebut mencapai piawai dan citarasa si pelanggan, potensi mereka untuk menjadi pelanggan tetap cukup tinggi!
Ariz mula menjadi regular customer di sana. Sebenarnya, bukanlah makanan yang menjadi alasan untuk Ariz ke Delifrance setiap hari.
Ya, Ariz benar sudah jatuh cinta pada Nina, sejak pandang pertama.

Masih wujudkah cinta sebegitu rupa ?

Setelah 2 minggu mencari kudrat dan akal untuk minta nombor , akhirnya Nina memberi.

0173254***...

Ariz: ~ "I want to know you better."

Bermula dari situ, itulah kisah terindah yang tak mungkin akan pernah dilupakan seumur hidup Nina.

Paap

Menu ditangan terjatuh.
Nina berhenti mengelamun.
Bibirnya mengukir senyum manis kepada Ariz.
Mereka mula memesan order untuk mengenyangkan perut yang berkeroncong!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience