7

Short Story Series 6590

Shiraz merebahkan seluruh tubuh di atas katil. Boleh tahan busy pizza Ampang Point hari ini.

Fikirannya terbayang wajah manis Nina. Hatinya terusik ketika pertama kali melihat Nina.

"Pasti sudah berpunya ."

Shiraz berasa hampa. Menurutnya, gadis secantik Nina pasti ada orang yang sudah menyunting. Fikirnya, sebagai manager, tak mungkin dia akan menjadikan pekerja bawahnya sebagai teman istimewa. Ego harus ada! Status harus dijaga!
"Tak mengapa, aku relief hari ini je. Dah tak jumpa dah." Namun jauh disudut hati, dia ingin bertemu Nina lagi..

"Nina...."

**********

"I Love You too Shiraz."

Nina menyayangi Shiraz. Benar! Tidak bohong.
Nina keliru ...
Siapa yang benar bertahta di hatinya. Dia mencintai Ariz, lalu mengapa dia menyayangi Shiraz ?

Nina bingkas bangkit dari katil. Nina duduk dan berfikir sejenak, hingga sebegitu rupa mimpi tidurnya.

"Nauzubillahiminzalik." ucap Nina panjang. Fikirnya, malam tadi mungkin dia tidak basuh kaki atau baca doa tidur.

Dia bergegas ke kamar mandi untuk bersiap siap ke tempat kerjanya.

*********

Ariz memakir kereta di hadapan rumah Nina. Dia ingin memberi kejutan kepadanya.

Nina terkebil memandang sebiji kereta biru,milik Ariz.

"Sayang!" Nina melajukan perjalanannya ke arah Ariz. Niat Ariz pada hari ini ingin menghantarnya ke tempat kerja.

----------------
30 JULY
----------------

Hampir sebulan, Nina fikir , ada baiknya dia menerima saja tawaran dari Taylors University itu. Pendaftaran bermula 1Ogos ini, bermakna, hanya 2 hari saja disini.

"Pian, esok Nina last day tau. Nina dapat offer sambung belajar."
Itulah ayat yang Nina bocorkan pada Pian, semenjak hari itu, Pian bermasam muka dengannya. Bercakap pun tidak.

Entah mengapa, setiap kali bertembung Shiraz di tempat kerja , Nina jadi malu sendiri. Apatah lagi apabila Shiraz ditugaskan selama 3 hari relief di Ampang point. Nina bingung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience