6

Short Story Series 6590

Shiraz mula mengatur langkah keluar dari rumah.
"Aduh! Malas mahu relief disana. Pizza Hut Ampang Point boring.
"Tak semena-mena, aku yang kena update segala kerja yang tertangguh,"rungut Shiraz. Dia mengomel sendirian.

Jika diikutkan hati, dia mahu menolak permintaan Azrul untuk relief disana. Tetapi, bila memikirkan tentang nilai persahabatan yang sudah lama terjalin, dia akur.

********

Ariz : ~ Baby, sure ke nak pergi kerja ni?You nampak tak sihat ni. Take leave lah , OK?

Semalam, Ariz dapat merasakan Nina belum cukup sihat sepenuhnya. Dia mengalami demam panas. Kurang pasti kerana apa, mungkin pengaruh cuaca.

Puas Ariz menasihati, agar berehat di rumah. Nina berdegil. Katanya, Azrul pasti marah seandainya dia tiba-tiba MC.
"Apalah, pelik-pelik Nina ni.Sudah namanya sakit, takkan minta MC pun marah?" soal Ariz sendirian.
Mungkin kerana Ariz belum mengenali Azrul yang 'tingtong' itu.

Ariz:~ Malam nanti, I ambil tau.
Good luck for today,Beautiful. I Love You :)

Nina mengukir senyum manja. Bukan selalu Ariz dapat menjemputnya pada hari-hari ,seperti biasa. Mujur hari ini shiftnya hingga ke 8 malam.
Sempatlah berbuka bersama. Ariz ingin membawanya ke restoran favourite. Restoran mana, Nina pun tidak pasti. Namun, yang pasti, pilihan Ariz sentiasa menepati citarasa Nina.

I Love You, Ariz!!

"Kenapa harini busy ?" Soal Nina. Sejak pukul 4 lebih, sudah ada banyak take-away. Booking untuk Iftar pun tidak kurang hebatnya. Surely, mesti busy masa Iftar.

"Nina, tolong ambilkan Shiraz record soup."
"Ha? Record soup?" Nina bingung. Maksudnya apa?

"Ni lah". Shiraz menunjukkan hardboard clip.

OH.

Nina mula mengisi 'mushroom soup' di mangkuk untuk dihantar ke meja-meja.

Beberapa minit lagi akan masuk waktu maghrib, menandakan waktu Iftar.
Kini, perut restoran mulai penuh dengan pelanggan-pelanggan.Pizza-pizza mula diagih ke meja customer mengikut order yang telah
di 'record'.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience