BAB 11

Romance Completed 13016

Sejak hari itu memang Wafiy tidak nampak lagi kelibat Farisya. Kini

sudah masuk dua minggu. Dia banyak habiskan masa di pejabat. Dia tidak

sanggup asyik teringat akan Farisya. Gadis itu sudah bertunang rupa-rupanya.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.

“Mama...” kata Wafiy selepas menjawab salam Datin Damia.

“Pukul berapa nak balik ni? Papa dah balik tapi anak tak

balik lagi.”

“Kejap lagi Wafiy ya mama? Jangan bimbang.”

“Macam mana mama tak bimbang, orang penting dalam majlis tak

balik lagi.” Datin Damia betul-betul bimbang.

“Baiklah mama. Wafiy pulang sekarang.” Selepas menamatkan

panggilan, Wafiy mengemas meja kerjanya dan menutup lampu bilik.

Dia menuju ke tempat keretanya diparking. ‘Naik kereta sebab

musim hujan aje dua tiga hari ni.’ Desis hati Wafiy.

“Eh, kad apa ni? Untuk aku? Zaman moden macam ini pun nak

bagi kad kah?” kata Wafiy lalu membukanya. Cantik! Siap ada lagu hari

lahir lagi apabila dibuka kad tersebut.

‘Farisya yang bagi?’ Kalau berkaitan dengan Farisya, mesti hati Wafiy

berdebar. Panjang yang ditulis oleh Farisya dan ia rahsia Wafiy.

Wafiy pulang dengan perasaan gembira.

“Mama....”

Halaman rumah Wafiy gelap. Dia meletakkan kereta tersebut di tempat

biasa. Sebaik sahaja dia keluar dari kereta tersebut....

“Selamat hari jadi. Selamat hari jadi. Selamat hari jadi Wafiy Danial.

Selamat hari jadi.” Datin Damia, Dato Haris, uncle Danish dan antie

Lidya ada menyanyikan hari lahirnya bersama sesuatu di tangan mereka.

“Telur!” Jerit Wafiy. Dia ingin berlari tetapi tidak sempat kerana Dato

Haris lebih pantas membaling telur tersebut dan kena pada rambutnya.

Wafiy tidak jadi lari.

“Habis imej kacak Wafiy.” Kata Wafiy sambil membuang kulit telur yang

ada atas kepalanya. Datin Damia menghampiri anaknya itu lalu ditaburnya

tepung gandum.

“Mama....” Wafiy meraung. Tetapi raungannya terhenti apabila dia

ternampak kelibat yang amat dia kenali.

“Sya...”

“Ya Wafiy.” Farisya berkata. “Terima kasih selamatkan Farisya. Sebabkan

peristiwa tu, ayah Sya putuskan pertunangan dengan Badrul sebab dia tak

dapat nak jaga Sya dengan baik.”

“Sama-sama kasih.” Hati Wafiy gembira. Kad yang dibacanya tadi sudah

mengambarkan perasaan Farisya padanya.

“Ada orang gembira.” Dato Haris berkata. Dia taburkan lagi tepung pada

anaknya itu.

“Papa, Wafiy dah tak kacak!” amuk Wafiy.

“Tak apalah tak kacak. Biar papa aje yang kacak.” Dato Haris berkata

dengan gembiranya dan mengeluarkan kamera telefon bimbitnya.

“SNAP!” gambar Wafiy dengan muka penuh dengan tepung bersama dengan Farisya.

Rupa-rupanya ibu bapa Farisya sudah lama mengenali keluarga Wafiy.

Mereka pun ada bersama menyambut hari kelahirannya.

“Terima kasih Sya sebab terima Wafiy yang selalu cari gaduh dengan Sya.”

“It’s okay.”

“Untuk Sya dan demi mendapatkan cinta Sya Wafiy sanggup menunggu Sya!” Kata Wafiy berbisik ditelinga Farisya sambil melangkah masuk ke rumah Wafiy.

‘’Syukur, kerana Engkau mendengar dan memakbulkan doa ku Ya Allah, sesungguhnya aku seperti yang lain juga mahu nikmat rasa dari hati yang sama. Perempuan ini pun mahukan cinta dan Alhamdulillah aku telah mendapatkannya.’’ Bisik hatinya riang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience