BAB 3

Romance Completed 13029

Wafiy pulang dengan wajah yang kecewa. Dia berbaring di atas kerusi

sambil menutup mukanya dengan bantal kecil. Datin Damia yang baru sahaja

siap memasak bergerak ke ruang tamu.

“Wafiy beli tak buah naga yang mama pesan tadi?”

Wafiy tidak menjawab. Datin Damia mula berasa pelik dengan

sikap anaknya itu. Dia menghampiri anaknya itu lalu mengambil bantal

kecil yang menutup wajah Wafiy. Alangkah terkejutnya dia melihat pipi

kanan anaknya itu merah.

“Bagitau mama siapa yang bagi Wafiy cop mohor ni?” amuk

Datin Damia. Dia menarik lengan Wafiy supaya duduk di sisinya. Dia

mencengkam lembut dagu anaknya sambil melihat kesan tamparan itu lebih

dekat.

“Assalamualaikum...” seseorang memberi salam dari luar.

“Abang..” manja suara Datin Damia.

“Ya pun, jawablah salam abang dulu.” ujar Dato Haris. Dia

menghulurkan beg kerjanya kepada isteri tersayang.

“Waalaikummussalam.” Dia menyambut huluran tersebut dan

bersalaman dengan suaminya.

“Apa yang kecoh-kecoh ni, Mia. Dari luar lagi abang dah

dengar Mia membebel.”

“Manalah Mia tak membebel. Abang tengok anak lelaki abang

yang seorang ni. Ada cop mohor besar kat pipi dia. Manalah Mia tak

membebel.” Datin Damia mula mahu membebel.

“Siapa yang tampar kamu ni, Wafiy. Ceciter... ceciter.” Dato

Haris menanggalkan tali lehernya. Datin Damia menuju ke dapur mengambil

air untuk suaminya itu.

“Farisya...”

“What!!!” DatoHaris terkejut. “Kamu jumpa Farisya kat mana?

Tak selesai lagi ke kes korang berdua?” Wafiy hanya mengeleng dan

berbaring semula.

“Tak payah Wafiy nak buat muka king kong kecewa. Jangan jadi

macam papa kamu masa muda-muda dulu. Kalau tak jumpa mama, mulalah nak

jadi spesies tak kacak tu.” Datin Damia berkata sambil menghulurkan air

kosong pada Dato Haris. Dato Haris hanya ketawa.

Memang benar dia bersikap seperti itu. Tidak perlulah dia

menipu anaknya sendiri. Dato Haris tersenyum.

Wafiy tidak sanggup mendengar bebelan Datin Damia terus

bergerak ke biliknya.

“Tengok tu. Mama cakap sikit. Sudah merajuk. Tolonglah

jangan jadi perempuan. Kamu tu lelaki. Kuat sikit. Sama aje papa dengan

anak.”

“Mia, Mia nak mengata Wafiy, abang boleh terima. Jangan nak

mengata abang pula. Abang merajuk nanti, susah Mia nak pujuk.” Dato

Haris berkata dengan seriusnya.

Datin Damia memandang wajah Dato Haris. Kata-katanya

terhenti. Terkebil-kebil matanya memandang suami tercinta.

“Ops! Maaf abang. Tak mau merajuk. Tak mau ya?” Datin Damia

kembali duduk disisi Dato Haris. Dia faham, kalau Dato Haris merajuk

memang susah hendak dipujuk. Dia kenal sangat suaminya.

“Okey, dimaafkan. Jom bersiap-siap untuk bersolat. Kejap

lagi maghrib.” Ajak Dato Haris. Datin Damia hanya mengikut sahaja sambil

memeluk lengan suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience