BAB 10

Romance Completed 13029

“Tolong? Aku tak nak! Aku tak nak mati!” katanya. Penakut.

“Kau kan tunang dia. Kau pergilah selamatkan Farisya!” Lily sudah hilang

sabar. Badrul hanya tunjuk muka tidak mahu menyelamatkan tunangnya.

Lily yang baru perasan akan kehadiran Wafiy terus mendekatinya.

“Wafiy, aku rayu pada kau. Tolonglah selamatkan Farisya. Dia tak pandai

berenang! Kau kan pernah selamatkan dia,” Rayu Lily.

Wafiy merenung Farisya yang sudah kelemasan di dalam sungai. Tanpa

berfikir panjang Wafiy pantas terjun ke dalam sungai.

Keadaan di jambatan semakin gawat apabila makin ramai yang datang

melihat apa yang berlaku. Wafiy segera menarik tangan Farisya yang sudah

kepucatan.

Tanpa membuang masa Wafiy mengapungkan tubuh Farisya agar mudah

mengheretnya ke tepi. Pautan tangannya di bahu terasa begitu erat sekali.

“Farisya!!” kata Wafiy lembut.

Kini, Farisya selamat. Lily cuba mengeluarkan air yang telah Farisya

telan. ‘Pandai pula Lily ni menyelamat.’ Desis hati Wafiy. Walaupun dia

basah kuyup tapi dia tidak kisah.

Belum sempat Wafiy mengangkat tubuh Farisya, Badrul sudah meluru ke arah

Wafiy. Tubuh Farisya yang lembik itu dipapah naik ke atas oleh Badrul.

Tinggallah Wafiy keseorangan dalam sungai, masih terpana dengan dengan

tindakan Badrul. Beberapa orang sekeliling mengarahkan agar Farisya

dibawa pulang setelah dia tersedar.

Wafiy hanya mampu memandang mereka meninggalkan sungai itu tanpa

memikirkan penyelamat mereka yang masih belum naik ke tebing.

“Woi Wafiy! Kau nak bertapakah dalam sungai tu?” Kay menegur Wafiy .

Wafiy tidak menyedari kehadiran Kay di situ. Kay sudah pun menghulurkan

tangan untuk membantu Wafiy.

Huluran itu Wafiy sambut pantas lalu dia melompat naik ke tebing.

Tanpa lengah mereka berdua bergerak pulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience