BAB 7

Romance Completed 13016

Wafiy terkejut apabila mendapat tahu yang Farisya menjual di pasar malam

tiap-tiap hari sabtu. Menjual kuih-muih. Farisya seorang yang kaya

tetapi sibukkan diri dengan menjual di pasar malam. ‘Aku nak pergi kacau

dia. Tak serik-serik walaupun dapat cop mohor besar hari tu.’

Perlahan-lahan Wafiy berjalan mencari kelibat Farisya di sepajang pasar

malam tersebut.

“Eh, kuih kegemaran aku. Lepat pisang,” kata Wafiy. Dia

singgah di satu gerai. Dia sememangnya tidak perasan dengan kehadiran

Farisya di situ. Apa yang dia nampak, hanyalah lepat pisang sahaja.

“Ehem!!” seseorang menegurnya. Wafiy terkejut dengan teguran itu segera

mengangkat mukanya.

Kelihatan Farisya sudah tercegat di hadapan Wafiy dengan pengepit di

tangannya.

Tiba-tiba terasa jantung Wafiy berdegup kencang bagaikan keretapi

ekspress di negara Jepun. Laju! Mulut Wafiy terasa kelu untuk

berkata-kata. Farisya menunjuk muka kelatnya apabila direnung begitu.

‘Ahhh! Lelaki kacak macam aku tak boleh tunjuk kelemahan depan gadis!’

Wafiy cuba tersenyum. Sikap Dato Haris sememangnya diwarisi oleh Wafiy.

Bangga dengan imej kacaknya

“Berapa harga lepat pisang ni?” soal Wafiy sambil mengeluarkan

dompetnya. Farisya hanya mendiamkan diri dan tidak bersuara.

“Nak jual ke tak ni? Nanti orang curi baru tahu?” usik Wafiy membuatkan

Farisya menjeling marah. ‘Eleh, mesti kau menyesal kerana menyombong

dengan jejaka rebutan ini,’ hatinya berkata bangga. Wafiy merenung mata

Farisya yang bersinar-sinar macam batu berlian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience