BAB 9

Romance Completed 13016

‘Selama 25 tahun aku hidup di muka bumi Allah ini, belum pernah lagi aku

tersangkut hati pada mana-mana gadis. Bukan apa, bagiku cinta ini

terlalu abstrak untuk ditafsirkan dan aku tak mahu menjadi objek dalam

sandiwara cinta. Cewahh!! berfalsafah lagi aku. Tapi, entah kenapa sejak

aku menyelamatkan Farisya daripada lemas, terasa ada sesuatu yang mula

mengganggu dan menggugat hidup aku. Dalam hati geram memang ada, tapi

bila tak menatap wajah Farisya sehari, aku terasa macam kekurangan

sesuatu. Tak lengkap rasanya hidup tanpa Farisya. Kuat sangat ke

penangan si Fatihah tu? Sudahlah hampir setahun aku tidak berjumpa

dengannya. Masih ada rindu untuk dirinya,’ Wafiy termenung.

Wafiy mengayuh basikalnya. Petang-petang seperti ini elok beriadah.

‘Daripada naik motor baik aku kayuh basikal. Nak jaga alam sekitar

konon! Kalau bawa motor, bising, kacau ketenangan orang lain sahaja.

Kenalah consider sikit. Bukankah aku ni anak pengarah hotel yang

berwibawa. Kena jaga imej demi nama baik papa!’ kata Wafiy Asyik

membanggakan diri sahaja kerja Azri ini.

Taman ini direka khas untuk pelanggannya yang suka beriadah. Ada sungai

tapi tidak digalakkan untuk mandi di situ. Bahaya!

Angin petang yang sepoi-sepoi bahasa, mendamaikan hati sesiapa.

‘Farisya! Aku ni memang ada jodoh dengan dia. Asyik jumpa aje. Masa ni

sesuai sangat aku meluahkan perasaan. Aku dah fikir apa yang aku rasa

pada Farisya. Aku tak akan lepaskan peluang ini.’ Desis hati Wafiy.

Laju Wafiy mengayuh basikalnya menuju ke tempat Farisya berdiri. Atas

jambatan. Mungkin menghayati alam sekitar yang indah.

Belum sempat Wafiy sampai di situ, ramai orang sudah berkumpul. Rupanya

ada orang terjatuh dalam sungai. Wafiy segera ke sana. Seorang perempuan

terkapai-kapai di permukaan sungai mencari arah.

“Farisya!” jantung Wafiy rasa terhenti.

“Cepatlah! Cepat tolong dia!!” pinta kawannya, Lily yang kini panik.

“Hei Badrul! Cepatlah terjun selamatkan Farisya!” Desak Lily lagi sambil

menarik koler baju Badrul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience