BAB 8

Romance Completed 13016

“Ada emas ke dalam mulut kau atau sudah jatuh cinta dengan aku?” usik

Wafiy lagi sambil meletakkan tangan ke dagu, bergaya habis macam model.

Lagak Wafiy seperti papanya zaman-zaman muda. Dia tersenyum puas.

Farisya mencebik dan pantas masuk ke dalam tanpa rasa menyesal

meninggalkan jejaka idaman malaya ini keseorangan di sini.

“Seringgit untuk tiga kuih, abang.” Seorang adik comel pula yang muncul

semula setelah Farisya pergi ke belakang.

“Bagi lepat pisang yang ada. Abang nak semua," ujar Wafiy sambil

menghulurkan wang kertas berwarna merah iaitu not RM10.00 pada adik

tersebut.

“Kak Sya kata sedekah aje.” kata adik kecil itu. Apa lagi, terkejut

Wafiy mendengarnya. Dia mengerling ke arah belakang kedai. Kelihatan

Farisya sedang membelakanginya. Wafiy tersenyum.

“Terima kasih adik comel, kirim salam pada Kak Sya.”

Wafiy tersenyum. ‘Kenapa Farisya baik pula dengan aku? Bukankah dia

benci pada aku? Baru semalam dia tampar muka aku.’ hatinya mula

tertanya-tanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience