BAB 5

Romance Completed 13029

Semua orang menyaksikan kejadian itu menepuk tangan setelah melihat aksi

Wafiy yang ganas. Kejadian ini membuatkan Wafiy seperti hero Sarjan

Hassan yang dilakonkan oleh P.Ramlee yang telah menyelamatkan tanah air

daripada terus dijajah oleh Jepun.

‘Alamak, berjiwa patrotik pula aku ni.’ Wafiy terasa bangga.

Tetapi saat indah itu cuma sementara apabila Wafiy terasa

pipi kirinya perit. Ketika itu Wafiy melihat Farisya merenungnya dengan

muka yang merah padam.

“Kenapa awak ni kurang ajar sangat? Macam ni ke nak jadi

seorang penyelamat?” kata Farisya sambil terbatuk-batuk. Masih ada air

dalam tekaknya. Bagi Wafiy kata-kata yang lahir di mulut kecil Farisya

itu dirasakan seperti belati menghiris jantung.

Tepukan tangan dari terhenti serta-merta. Tiba-tiba

kesabaran Wafiy sudah sampai kemuncak. Dia rasa tercabar sebagai seorang

lelaki.

“Kalau saya tak bantu awak tadi, tentu awak dah mati dalam

kolam renang tu.” Wafiy menerangkan niatnya yang sebenar.

“Saya yang mati, bukan awak! Cakap aje lah yang awak tu nak

ambil kesempatan!” Marah Farisya.

‘Wah, mulut minah ni! Muka aje cantik. Budi bahasa entah ke

mana. Mungkin lemas dalam kolam rennag tadi kot,’ desis hati Wafiy. Dia

merenung wajah Farisya agak lama.

“Ini sudah kira satu tuduhan yang tak berasas! Dalah kita

tolong selamatkan awak. Tak ucap pun terima kasih! Awak belum kenal

siapa saya kan?” soal Wafiy dengan wajah yang tenang. Wajah cantik

Farisya masih direnungnya tepat ke dalam mata Wafiy.

“Kenapa? Awak ni anak raja? Anak tengku? Haruskah saya

kenal awak?” Sindir Farisya. Kata-kata tersebut cukup membuat hati Wafiy

terbakar.

Tanpa memdulikan Wafiy, Farisya terus bangun dan mengambil

tuala di atas meja tepi kola, renang tersebut.

Belum sempat gadis itu berlalu, Wafiy mencengkam lengan Farisya,

“Kalau awak nak tahu, saya Wafiy Danial, anak Dato Haris

Akmal! Pemilik hotel ini. Selamt berkenalan.” Wafiy mengeraskan sedikit

suaranya. Dia melepaskan cengkaman itu lalu dengan pantas buku di tnagan

Farisya dirampasnya. Dia melemparkan ke dalam kolam renang itu.

“My book!!!” Farisya menjerit. Dia merenung tajam ke arah

Wafiy seperti tidak percaya dengan tindakan lelaki itu.

“Jangan renung saya lama-lama. Nanti jatuh cinta, awak gak

yang susah.” Kata-kata Wafiy dalam nada mengusik. Suka benar dia melihat

Farisy marah.

“Wafiy Danial!!!” Farisya menjerit kegeraman. Dia menyebut

nama Wafiy. Wafiy hanya ternsenyum mendengarnya.

“Be careful my dear. Nanti awak pula yang jatuh dalam kolan

tu macam buku awak tadi,” Sindir Wafiy pula. “Jangan ingat awak cantik,

saya tak boleh ajar awak cara untuk menghormati orang lain. Ada faham

cik adik?” Sambunga Wafiy lagi. Mata Farisya merah menahan sebak. Buku

itu penting baginya.

“Jangan ingat awak tu pelangan di hotel ni, awak boleh buat

sesuka hati. Mulut yang cantik tu kena jaga juga.” Wafiy menyambung

lagi. Seronok dapat kenakan Farisya semula.

Farisya pula hanya mendiamkan diri sahaja.

“Dah puas mengata orang, encik Wafiy Danial?” muncul Suara

Dato Haris. Wafiy membuat muka berkerut. Dia menoleh ke belakang. Dato

Haris sedang berpeluk tubuh sambil merenung wajah anaknya yang

sememangnya kacak lagi bergaya sepertinya.

“Alamak, Papa!” Wafiy terkejut dengan kehadiran papanya itu.

“Ouch!!” Dato Haris menarik telinga anaknya dihadapan orang

ramai. Muka Wafiy sudah merah menahan malu dan untuk pertama kalinya

dalam sejarah, Wafiy dimalukan seperti itu kerana membuli Farisya.

“Berapa kali papa bagitau. Pelanggan adalah yang utama,

faham?” Dato Haris berkata.

“Faham papa. Wafiy faham.” Wafiy mengiya. Teruk Wafiy

dimarahi oleh Dato Haris. Kini, dia mendiamkan diri apabila Dato Haris

membebel.

‘Macam mama pula papa ni membebel.’ Wafiy menarik

muncungnya. Datin Damia yang dirumah terbersin.

‘Ada orang mengata aku ke?’ Datin Damia tertanya-tanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience