BAB 2

Romance Completed 13029

Wafiy mencari kelibat Kay. Kay mengangkat bahu sebagai tanda yang

Farisya sudah hilang jejaknya.

Wafiy mengeluh berat. Dia rasa kecewa.

“Hai Wafiy..” tegur Rossa.

Wafiy terkejut dengan kehadiran Rossa. ‘Sesuai sangat dengan namanya.

Perosak segala program orang.’ Wafiy mengeluh.

“Hai Ros.”

“Janganlah panggil saya Ros. Tak glamour nama tu. Panggil aje Rossa.

Glamour betullah nama tu.” Rossa mula rasa bangga dengan namanya kerana

sama dengan penyanyi terkenal itu.

“Rossa, Wafiy ada hal ni. Nanti kita berbual lagi.” Wafiy terus

meninggalkan Rossa bersendirian dan menghilang dalam ribuan manusia di

pasar malam tersebut.

“Farisya!” Wafiy ternampak gadis itu menunggu bas di perhentian bas.

Reaksi Farisya yang tenang apabila melihat wajahnya membuat Wafiy rasa

bersalah. Wajah Farisya sentiasa mengganggu ketenangan jiwa Wafiy sejak

berkenalan pada hujung bulan disember tahun lalu.

Hati Wafiy tidak tenang apabila melihat gadis itu ingin melarikan diri.

Dia dengan pantas mencengkam lengan Farisya. Pandangan mata Farisya amat

menyedihkan. ‘Kenapa muka Farisya nampak sedih?’ Hati Wafiy tertanya-tanya.

“Tolong kawal diri awak, Wafiy. Jangan sampai saya maki hamun awak

seperti dulu.” Kata Farisya dengan lembutnya. Sebaik sahaja Wafiy

mendengar kata-kata tersebut, terus sahaja dia melepaskan cengkaman di

lengan Farisya.

“Pang!!” Farisya menampar pipi Wafiy. Wafiy terkejut. terasa perik dan

sakit apabila kena penampar seorang perempuan

“Kenapa Sya?”

“Penampar ni sepatutnya dah lama awak dapat.”

“Tapi kenapa? Saya ada buat salahkah?” Soal Wafiy yang tidak puas hati

dengan tindakan Farisya. Tambahan pula, dia malu dengan orang

disekeliling yang memerhati mereka berdua.

“Jangan ganggu saya lagi.” Kata Farisya dengan suara yang perlahan lalu

meninggalkan Wafiy tanpa menjawab persoalan lelaki itu.

“Sya...” Panggil Wafiy. Dia tidak sempat mengejar Farisya kerana gadis

tersebut terlebih dahulu menaiki sebuah kereta yang baru berhenti di

situ. Pemandunya seorang lelaki.

‘Siapa lelaki itu?’ Wafiy tertanya-tanya sambil memegang

pipinya yang merah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience