BAB 4

Romance Completed 13016

Selepas makan malam bersama uncle Danish dan Auntie Lidya, wafiy terus

naik ke biliknya. Mengurungkan dirinya di dalam bilik. Dia tahu Farisya

benci padanya. Wafiy tidak menyangka gadis lemah lembut Farisya mampu

mencetus sejarah paling hitam dalam kamus hidupnya. Semuanya berlaku

tanpa diduga.

“Permulaan perkenalan aku dan Sya cukup romantik.” Wafiy

tersenyum apabila mengenangnya kembali.

Jika kisah mereka berdua diadaptasikan dalam novel pasti

melahirkan ikatan cinta antara hero dan heroinnya. Kalau dikenangkan

memang tidak tidur malam oleh pembacanya.

‘Tapi kalau aku yang baca, memang aku pun tak dapat tidur

malam. Hari yang bersejarah itu amat bermakna bagiku kerana di situ aku

mengenali Farisya Natasya. Pada hari itu aku telah menyelamatkan

seseorang daripada lemas dalam sebuah kolam renang di tempat peranginan

iaitu di hotel papa. Terasa dadaku berdegup kencang bila tangan aku

memeluk tubuh Farisya.” Wafiy memejamkan matanya. Cuba mengimbau kembali

kenangan tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience