BAB 6

Romance Completed 13016

Begitulah kisah Wafiy dan Farisya. Akhirnya Wafiy mengambil keputusan

membuli Farisya sepanjang gadis itu menginap di hotel tersebut. Tapi

dalam membuli dan bergaduh, Wafiy sedar yang dia sudah jatuh cinta

dengan gadis itu tetapi dia tidak mahu mengakuinya.

“Farisya...” Mata Wafiy semakin berat dan akhirnya dia tertidur.

***

Seharian bekerja di pejabat membuat Wafiy terasa penat. Dia terpaksa

memantau pekerja-pekerjanya membuat kerja. Dia hanya memerhati dari jauh

sahaja. Wafiy ternampak Kay dan dua sahabatnya yang lain, Shahril dan Azam.

“Oh ini kerja korang ya? Geng mamat mengumpat!” Wafiy

menegur pekerjanya.

“Tak ada apa-apa. Kami berbual kosong je.” Jawab Azam.

Mereka bertiga tersenyum. Dahi Wafiy berkerut. Merasa curiga dengan mereka.

“Boleh saya minta tolong sikit?” kata seorang gadis di

kauter. ‘Alamak! Rasanya macam pernahku dengar suara itu?” Dahi Wafiy

mula berpeluh.

Kay, Shahril dan Azam tersengih-sengih.

‘Memang sah dia! Tak ada orang lain. Rossa!’ Desis hatinya.

Wafiy kaku sambil membelakangkan Rossa. Dia tidak sanggup untuk berpaling.

Rossa yang mula menyedari kehadiran Wafiy di situ tidak jadi

meminta pertolongan di kaunter tersebut.

“Wafiy!” Rossa memegang bahu Wafiy dari belakang dan Wafiy

berpaling. Rossa tersenyum lebar dan ini membuat Wafiy terpaksa mengukir

senyuman palsu untuk Rossa.

“Buat apa kat sini?” kata Wafiy sekadar beramah mesra.

“Hmmm, hari ni saya kena duk hotel ni sebab malam nanti ada

majlis peragaan baju.” Balas Rossa manja. Pandangan mata Wafiy asyik

memerhatikan ikan yang berenang-renang dalam kolam hiasan buatan manusia

yang berada berhampiran Rossa. Ramai yang memuji kecantikan rekaan deko

tersebut. Malah Wafiy sendiri mengakuinya.

“Dari tadi lagi Wafiy sebut-sebut nama Rossa tau. Ingatkan

Rossa tak sudi datang ke hote bos kami lagi yang tak berapa nak

berbintang ni,” Kata Azam.

‘Memang nak ke si Azam ni. Aku rasa nak aje sumbat cili api

dalam mulut budak ni. Sengaja nak buat Rosaa perasan sendiri.’ Hati

Wafiy mengomel.

“Yakah? Rossa bagaikan tidak percaya. Dia merenung wajah

Wafiy untuk meminta kepastian. ‘Terasa macam panahan lase aje bila aku

tengok Rossa renung begitu.’ Gerun Wafiy.

“Tak adalah, diorang ni memang tak sayang mulut?” Balas

Wafiy lalu tersengih. ‘Aku malu juga tapi kenalah control macho sikit.’

Hatinya berbisik.

“Wafiy, Rossa nak minta tolong sikit, boleh tak? Rossa blur

la...” manja suara Rossa. Wafiy dapat rasakan suara Rossa mendayu-dayu

menusuk ke telinganya.

“Tolong apa?”

“Tolong tengokkan kertas kerja Rossa mengenai projek pusat

peranginan di Port Dickson.” Jawab Rossa.

“Wafiy bukan tahu sangat mengenai kerta kerja ni.” Wafiy

cuba mengelak. ‘Aku sengaja memberi alasan. Bukannya apa, aku kurang

berkenan sikit dengan si Rossa ni. Selalu sangat nak jumpa aku. Macamlah

aku seorang aje yang boleh tolong selesaikan tolong dia.’ Hatinya berbisik.

“Tapi tadi Ria beritahu, Wafiy boleh beri pendapat.” Kata

Rossa dengan bukti yang kukuh menyebabkan Wafiy tidak dapat mengelak

lagi. ‘Aku terperangkap dengan alasan Rossa. Memang aku ada tengok

kertas kerja si budak sihat dah terlebih kurus tu. Dia nak buka kedai

buku, aku bagilah pendapat.’ Wafiy mengeluh perlahan.

“So, tanyalah pendapat Ria aje.” Jawab Wafiy ringkas.

“Rossa nak Wafiy yang beri pendapat.” Pinta Rossa. Wafiy

kematian idea. ‘Apa aku nak buat ni?’ Wafiy cuba berfikir.

“Hmm, okeylah. Bila?” soal Wafiy akhirnya mengalah.

“Esok petang. Kat cafe yang biasa kita lepak.” Kata Rossa.

“Agak-agak lama tak?”

“Kenapa? Tak bileh lama-lama ke?” tanya Rossa pula.

“Bukan!” Laju sahaja Wafiy menjawab. “Cuma Wafiy dah janji

dengan diorang nak main tenis.” Kata Wafiy sambil mengenyitkan mata ke

arah Azam, Shahril dan Kay. Mereka Cuma tersengih.

“Okey. Tak lama pun.” Kata Rossa lalu meninggalkan mereka

semua sambil mengingatkan Wafiy tentang temu jani mereka esok.

“Wafiy, Kay pun nak minta pendapat Wafiy tentang kertas

kerja, boleh tak?” Kay mengejek Wafiy sambil melentok-lentok ke bahu Wafiy.

“Hish! Gay ke kau ni?” Wafiy mengelak. Ini telah membuahkan

ketawa kelucuan oleh mereka bertiga.

“Kau ni jual mahallah Wafiy.” Komen Azam sambil duduk di

lobi. Mereka bermpat menyambung perbualan mereka di situ.

“Jual mahal apa pula?” soal Wafiy kehairanan.

“Apasal kat tak ambi aje Rossa jadi kekasih kau? Kau sendiri

tahu yang dia dah lama syok pada kau?” soal Azam.

“Dahlah anak orang kaya, anak tunggal!Cantik lak tu, untung kau kalau

dapat Rossa tu! Kaya-raya hidup kau,” sampuk Shahril pula. Wafiy cuma

tersengih. Tidak tahu apa jawapan yang harus diberikan. ‘Kalau takat

kaya, aku pun kaya apa?’ hatinya berkata.

‘Memanh aku sedar yang Rossa suka pada aku selama ni. Malah aku selalu

dapat kad hari Valentine sejak aku form tree lagi! Tapi aku tak

sambutlah hari yang entah apa-apa tu. Merosakkan akidah sahaja.

Melalaikan . Hadiah pelbagai jenama dan harganya mahal setiap kali hari

jadi aku menjelang. Sellau datang ke rumah aku dan mama awal-awal lagi

sudah reject Rossa,’ hati Wafiy berkata. Pandangan matanya tepat

merenung kolam renang. Ada sejarah yang wujud di situ.

Semua itu cukup Wafiy menyelami hati dan perasaan Rossa. Tetapi bagi

Wafiy dia anggap Rossa tidal lebih daripada seorang kawan.

‘Atau mungkin sebab aku dah jatuh cinta pada orang lain?’ hati Wafiy

menyoal sendirian. Wafiy tersenyum.

‘Jatuh cinta? Biar betul?’ hatinya tidak percaya. Selama ini Wafiy

hendak suka pada perempuan pun payah. Inikan pula cinta.

‘Setakat buat kacau tu baisalah. Tapi, kalau betul aku jatuh cinta...

dengan siapa? Macam mana ni? Aku tak tahu aku jatuh cinta dengan siapa?

Oh no!’ hatinya menjerit. Muka Wafiy berkerut.

“Oi! Berangan sampai benua mana ni? Aku tanya soalan mudah ahe. Itu pun

kau payah nak jawab.’ Kay menegur Wafiy yang terdiam lama. Wafiy bangun

dan meninggalkan mereka bertiga dalam keadaan terpinggar-pinggar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience