S E M 10

Short Story Series 26695

"ESOK, kita ada tetamu ye murid murid" kata Teacher Emma.

''Saya harap awak dapat jaga adab ye, jangan nak malukan nama sekolah" tegasnya lagi.

Semua mengangguk tanda faham. Loceng dah bunyi. Semua keluar ke kantin. Semasa berjalan, Nurin dan Daniel berjalan sekali. Padahal Nurin taknak pun, Daniel yang paksa. Hurgh.

"Abang Daniel" tiba tiba Putri memanggil Daniel.

Daniel dan Nurin menoleh ke arah Putri. Datang lagi si gedik ni. Gumam Nurin.

Mereka pergi ke arah Putri.

"Ada apa?" soal Daniel.

"Aku panggil abang Daniel je, aku tak panggil kau pun perempuan" sempat lagi dia perli Nurin.

Nurin hendak meninggalkan Daniel di situ tetapi di halang.

"Stay here" kata Daniel yang sedang memegang tangan Nurin.

''Kau nak apa?" acuh tak acuh sahaja Daniel bertanya.

"Nah" Putri menghulurkan sebungkus coklat kepada Daniel.

Daniel mengambilnya "Untuk siapa ni?"

"Untuk abang Daniel lah" jawab Putri tersipu sipu malu sambil menjeling ke arah Nurin.

"Betul kau bagi aku?"

"Betul lah, Putri belikan special tau untuk abang"

Mengada betul. Miang. Kutuk Nurin sendirian.

"So ni untuk aku lah kan?" ujar Daniel setelah mengambil sebungkus coklat di tangan Putri.

Putri tersenyum gatal. Eee aku rasa nak cekik je minah ni. Bebel Nurin lagi.

Daniel memandang Nurin "Kau kenapa pandang dia macam nak telan je"

''Nah amik lah coklat ni" Daniel pula memberikan coklat tersebut kepada Nurin.

"Hey, dia yang bagi awak kan. Kenapa nak pass dekat saya pulak" rungut Nurin.

"Lah tadi dia dah bagi aku, jadi aku bagi dekat aku pulak. Enjoy your chocolate"

Putri memerhatikan mereka di belakang pintu. Kurang hasam. Kau bagi perempuan tu buat apa!

"Ni nak pegang tangan sampai naik pelamin ke?" soal Nurin.

Daniel baru perasan dari tadi dia memegang tangan Nurin. Cepat cepat dilepaskannya.

Bunyi ketukan pintu di luar rumah mereka menandakan Papa dan Mama sudah pulang dari overseas.

"Mama!!" Qayrina berlari mendapatkan ibunya.

"Qay" Mama membalas pelukan.

"Qay, macam mana sekolah dekat sini?" soal Papa di meja makan.

"Not bad lah, tapi..." jawab Qayrina.

"Takdepape" sambungnya.

"Mama, Papa. Nurin nak masuk bilik dulu, korang borak lah ye" ujar Nurin.

"Lah nak tidur dah ke?" soal Mama.

"Hehehe" Nurin menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Selepas Nurin masuk ke biliknya, Rayyan tiba tiba bersuara.

"Mama, lusa dah birthday Nurin"

"Seriously?" Mama seakan akan terkejut.

"Haah, Rayyan rasa kita kena buat surprise lah dekat dia. Tu lah kesian dekat dia, parents diorang dah takde, jadi kita lah yang kena sambut kan?" Rayyan memberi cadangan.

"Mama okay je, nanti mama plan elok elok punya party" Mama menunjukkan ibu jarinya tanda setuju .

"Hari ni cuti weekend kan?" saja Papa bertanya di meja makan yang pada ketika itu mereka sekeluarga sedang bersarapan.

"Haah" jawab Fikry .

"Kita pergi shopping nak tak?" Papa memberi idea.

"Shooing? Nak lah !" celah Qayrina.

Padahal mereka sudah membuat rancangan untuk membuat kejutan hari jadi kepada Nurin. Itu yang Papa ajak keluar shopping. Mama dan Daniel sudah mula tersenyum kaget.

Selepas siap sarapan, hanya Papa, Qayrina dan Nurin sahaja yang keluar ke Paradigm Mall. Awalnya, Nurin tidak tahu mengikut. Tetapi Qayrina mengajaknya dengan menggunkan alasan hendak membeli buku rujukan.

"Akak cantik tak rantai ni?" soal Qayrina yang sedang memegang seutas rantai emas.

"Cantik" balas Nurin.

"Tapi design dia sekarang ni semuanya cantik" Qairyna mula susah hati hendak memilih rantai tersebut.

"Ambil je lah yang ni" Nurin menunjukkan rantai emas yang dihiasi dengan berlian.

"Okay akak" Qayrina mengambil rantai dan kemudiannya membuat bayaran di kaunter.

"Eh Qay nak buat apa ni?" Nurin menghalang langkah Qayrina.

"Nak bayar lah"

"Ouh"

Mereka berdua keluar dari kedai emas, Papa mengajak Nurin singgah ke kedai buku sebentar.

"Qayrina nak beli apa" soal Nurin yang sedang membelek novel keluaran terbaharu.

"Ada sikit nak beli. Akak nak stay sini ke?"

"Haah"

"Akak tunggu sini kejap ye, jangan pergi mana mana tau. Nanti Qay datang sini semula" pesan Qayrina.

"Okay"

Mereka pulang ke rumah pada waktu senja. Setibanya di rumah, keadaan rumah sangat gelap tanpa dihiasi seberang lampu. Yang ada cuma lampu jalan sahaja.

'Tak ada karen ke?' bisik Nurin.

"Akak kenapa gelap ni?" saja Qayrina menyakat.

"Tak tahu lah Qay, eh cuba kita masuk dalam" ajaknya.

Setapak demi setapak mereka melangkah ke dalam rumah. Nurin masih mencari suis lampu untuk dibuka. Belum sempat dia menghidupakn lampu, Daniel sudah menyalakannya.

''Surprise !!!" jerit Mama, Daniel dan Fikry serentak.

Nurin menekup mulutnya. Tak sangka mereka ingat akan ulang tahun kelahiran Nurin.

"Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Nurin Amira, happy birthday to you" semua menyanyikan lagu secara serentak. Tidak lupa juga kehadiran Aira dan Iskandar. Rayyan telah menjemput mereka dua hari yang lepas.

Mama datang membawa sebuah kek "Tiup lah"

"Thank you semua" ucap Nurin sebak.

Selesai upacara pemotongan kek, Daniel datang menghampiri Nurin.

"Happy birthday Nurin" ujar Daniel.

''Thanks"

"Ni aku ada belikan hadiah dekat kau" Daniel memberikan sebuah hadiah yang sudah cantik dibalut.

"Terima kasih Daniel"

"Sama sama''

Kini giliran Fikry, Rayyan, Qayrina dan Aira pula member hadiah ulang tahun kepada Nurin.

"Terima kasih semua sebab buat majlis hati jadi Nurin, terima kasih mama dan papa sebab jagakan Nurin selama 3 bulan ni" kata kata Nurin semakin sebak.

"Kalau arwah ummi dan abi ada mesti lagi seronok" air matanya mengalir di pipi.

"Nurin, jangan sedih sedih ye" Aira memeluk tubuh Nurin dengan erat.

"Thank you Aira"

Nurin masuk ke dalam bilik, dia membuka semua bungkusan hadiah yang diperoleh pada petang tadi.

Banyaknya. Gumam Nurin.

Mana tidaknya, Daniel memberikan dia seutas jam tangan berwarna emas. Papa dan Mama menghadiahkan sebuah beg tangan. Qayrina memberikan seutas rantai yang dibeli pada pagi tadi. Aira dan Rayyan berpakat memberikan sepasang kasut.

Keesokkannya, Nurin pergi ke sekolah dengan memakai jam tangan yang dihadiakan oleh Daniel.

"Lawa jam" tegur Daniel.

"Hehehe, terima kasih lah sebab bagi saya jam ni"

Pada waktu rehat Nurin dan Aira berjalan menuju ke kantin. Dia terlihat seorang perempuan yang agak berusia di kawasan kantin sekolah.

"Awak tunggu sini kejap eh Aira. Saya nak ke sana" ujar Nurin. Matanya tidak berhenti memerhatikan perempuan tersebut.

"Assalamualaikum makcik" panggil Nurin di belakang perempuan itu.

"Waalaikumussalam" Makcik tersebut menoleh ke arah Nurin.

Terkejut dibuatnya. Itu adalah Makngah arwah umminya.

"Ma makngah?'' tanya Nurin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience