S E M 6

Short Story Series 26695

MALAM ITU, Nurin turun dari biliknya ke ruang makan. Tiba tiba kakinya tersaduh di anak tangga terakhir. Daniel sempat menyelamatkan Nurin. Dia memegang tangan Nurin.

"Terima kasih" kata Nurin. Bahang yang naik ke mukanya masih terasa. Malu oii.

Selamba saja Daniel meninggalkan Nurin tanpa membalas apa apa.

"Nurin kenapa kaki tu ?" soal Mama.

"Takde apa apa Mama, tadi Nurin terjatuh tadi dekat tangga"

"Lain kali hati hati ye" Papa bersuara.

"Okay Papa"

''Jemput makan" kata bibik.

"Mari makan sekali bibik" ajak Mama.

"Tak apa Puan, saya ada kerja nak buat" balas Bibik.

"Okay baik"

Pagi kemudian,

Nurin membawa beg bagasinya masuk ke dalam kereta.

"Akak okay ke tak pergi sekolah ni?" soal Rayyan.

"Akak okay je lah. Lagipun luka ni sikit je" jawab Nurin.

"Mama, Papa pergi mana Rayyan?'' Nurin bertanya.

"Diorang dah pergi kerja tadi. Mama ada meeting dengan Puan Cristina. Papa pula ada urusan penting dengan syarikat luar" terang Rayyan lagi.

"Oouh"

"Eh akak ! Jom kita gerak. Nanti lambat abang bising pulak" kata Rayyan yang sedang memandang jam tangan miliknya.

Sedang Nurin cuba bangun dari tempat pemakai kasut, tiba tiba dirinya hampir terjatuh ke Bumi.

"Kau boleh bangun tak?" soal Fikry di kerusi depan pintu rumahnya.

"Sini aku tolong'' Fikry menghulurkan tangannya untuk membantu Nurin.

"Terima kasih" ucap Nurin.

"Sama sama" balas Fikry kemudian masuk ke dalam perut kereta.

"NURIN !!" jerit Aira tiba tiba.

"Eh Aira, buat apa dekat sini ?" soal Nurin seakan akan terkejut.

"Saya nak ajak awak pergi kantin''

"Ouh mari lah kita pergi sekali"

Mereka berdua menuju ke kantin. Aira mengambil tempat duduk di hujung kantin. Sambil menungggu kehadiran Nurin, dia merenung sekeliling.

Sekali lagi Nurin terjatuh disebabkan oleh Putri dan kawan kawannya. Dia di tepis oleh Putri dan menyebabkan Nurin menyembam ke tanah.

Aira yang melihat kejadian tersebut masih kaku seketika. Dia mendapatkan Nurin yang sudah terduduk lemah di tengah tengah laluan kantin.

"Awak okay?" soal Aira.

"Ya allah, kaki saya sakit sangat sangat ni" Nurin cuba menahan tangisannya.

Daniel, Fikry dan Rayyan yang baru sahaja tiba di situ masih pelik dengan apa yang berlaku.

"Itu Nurin lah abang!'' jerit Rayyan.

"Mari Kita pergi dekat dia!" kata Daniel.

"Kau kenapa pulak ni" Daniel sudah meraup wajahnya.

"Jangan gaduh, cepat bawa dia ke bilik kesihatan" arah Fikry.

"Yang lain kenapa nak pandang pandang !!!" jerkah Daniel dengan kuat.

Semua melakukan kerja masing masing. Tetapi Putri dan rakannya masih selamba berada di situ.

"Aku tahu ni kerja kau Putri!" sempat lagi Daniel berkata kepada Putri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience