S E M 14

Short Story Series 26695

"Berdebarlah" kata Nurin di dalam kereta Aira.

Aira menggenggam tangan Nurin "Awak jangan risau ye, saya ada nanti teman awak"

Hmm. Nurin berkata perlahan.

''Okay kita dah sampai" ujar Aira sebaik sahaja tiba di sebuah syarikat TD Holding.

Nurin memalingkan kepalanya ke arah bangunan tersebut. Besarnya. Gumam Nurin.

"Jom lah kita turun" ajak Aira.

"Okay"

"Cakap dekat boss, kawan saya dah sampai. Dia dekat floor G" kata Aira kepada PA boss.

"Baik Cik Aira" Melati menanggung faham.

"Cik, mari ikut saya ke bilik boss Daniel" arah Melati.

"Daniel?" tanya Nurin.

"Ye, boss kami nama Daniel. Kenapa ye?" balas Melati.

"Erm, tak ada apa-apa"

"Mari kita naik"

"Awak, saya kena pergi buat kerja dulu. Maaflah, saya baru dapat arahan dari boss tadi" kata Aira.

"Takpe, awak pergi dulu okay"

"Boss, ni pekerja yang Aira cakap tempoh hari" kata Melati.

Daniel tidak menghiraukan apa yang dikatakan oleh Melati. Dia masih memandang permandangan di luar.

"Duduk" arah Daniel dalam nada tegas.

"Melati, awak boleh keluar" ujar boss.

"Baik" Melati keluar dan membiarkan Nurin keseoranagan di situ.

Ah sudah. Kenapa aku rasa lain macam pulak ni. Getus kecil hati Nurin.

"Awak kenapa nak kerja dekat sini?" soal Daniel. Dirinya masih tidak berpusing mengahdap Nurin.

"Sebab saya dah puas cari kerja, tapi semua tempat tak terima. Katanya tiada kerja kosong'' jawab Nurin. Tangannya sudah terketar ketar kerana takut akan Daniel a.k.a boss yang garang.

"Jadi boleh ke kalau awak kerja dekat sini. Tapi jadi kerani je lah" bidas Daniel acuh tak acuh.

"Saya okay je boss"

"Okay, kalau macam tu sekarang awak kenapa start kerja"

"Aik. Harini ke?" Nurin bertanya semula.

"Ye. Saya malas nak interview banyak-banyak. Buang masa saja"

"Okay boss'' Nurin akur dengan arahan tersebut.

"Melati. Tunjukkan Nurin punya tempat" kata Daniel di telefon pejabatnya.

"Okay boss"

Melati kembali semula dan mengajak Nurin ke tempat kerjanya.

Kenapa aku rasa macam pernah dengar suara tu ek. Bebel Daniel sendirian.

"Ni tempat awak Nurin. Silakan duduk. Kalau ada apa-apa masalah, boleh panggil saya" ujar Melati.

"Baik. Terima kasih ye Melati"

"Sama-sama"

"Eh Nurin. Awak dah start kerja ke?" soal Aira hairan.

"Haah. Entah kenapa boss tu suruh saya kerja harini. Saya ikut je lah. Ni, hasil kerja saya yang saya bawa ni pun dia tak pandang. Sombong betul boss awak tu. Tau tau nak terus dapat kerja. Senang betul'' Nurin membebel.

"Biasalah, boss memang macam tu. Dari dulu tak berubah" balas Aira.

"Jap, apa maksud awak ni? Saya tak faham"

"Kan boss tu... " belum sempat dia menerangkan kepada Nurin, Daniel sudah memanggilnya.

"Aira, come in my room now!" marah boss tiba-tiba.

"Sorry, saya kena pergi"

"It's okay"

"Apa yang awak sembang tadi dengan Nurin?" soal Daniel dingin.

"Saya cakap pasal boss lah"

"Awak tahu, kami dah lama tak jumpa. Almost 5 years. Nurin mungkin tak ingat saya. Awak jangan cerita tentang saya dekat dia"

"Tapi, bukan ke dulu boss... "

"Yeah I know it. But past is past" kata Daniel yang tidak tahu beralah.

"Baik boss" jawab Aira.

"Okay, actually I ada plan for Nurin"

"Apa dia boss. Eh boss, jangan macam-macam" ugut Aira

"Nothing lah" balas Daniel sambil tergelak.

"Ish boss ni. Dahlah saya nak keluar"

"Okay, you can get out now Miss Aira Arissa" kata Daniel.

"Apa yang boss nak jumpa awak tadi?" soal Nurin.

"Tak ada apa-apa"

"Ouh"

KEESOKKANNYA, pagi pagi lagi Daniel pergi ke tempat Nurin dan memberi semua fail kepada Nurin .

"Eh nak buat apa ni boss?" soal Nurin hairan.

"I want you to finish all this work today before lunch" arahnya.

Ceh, suka hati mak nenek je nak arah orang. Nurin mengomel.

"Dengar tak?!"

"Baik boss" jawab Nurin.

Daniel berjalan masuk ke dalam bilik. Dia duduk di sofa.

"Hello Qayrina, harini Qay nak datang office papa ke? Abang ada je harini" Daniel memulakan perbualan di talian.

"Hello abang! Nanti lunch adik datang sana dengan Rayyan. Ada Aira tak harini?" soal Qayrina pula.

"Aira... Rasanya ada kut. Abang nak tahu"

"Ouh takpe, nanti adik pergi tau. Bye, adik nak tolong mama ni. Dia dah bising kat dapur tu" terdengar suara Qayrina tergelak di hujung ayatnya.

"Bye"

"Awak Qayrina kan?" soal Orked di kaunter pertanyaan.

"Haah. Abang saya ada tak?" balas Qayrina.

"Ada, jemputlah naik"

"Okay"

Semasa sedang melangkah masuk ke dalam bilik Daniel, Qayrina ternampak susuk tubuh seseorang. Wajahnya mirip seakan akan Nurin.

Tanpa berlengah, Qayrina terus menyapa Nurin "Hai, awak Nurin ke?"

Nurin mengangkat kepalanya "Qa-Qayrina?"

"Akak!" Qayrina terus memeluk tubuh Nurin. Wajahnya yang dirindui selama 5 tahun itu kembali semula.

"Akak buat apa dekat sini?" Qayrina bertanya sejurus pelukan dilepaskan.

"Akak kerja lah" jawab Nurin.

"Akak kerja dengan abang Daniel ke?"

"Ha?" Nurin terkejut.

"Ye, ni syarikat papa. Abang Daniel dah start ambil alih 2 tahun lepas" Qayrina menerangkan kepada Nurin.

Daniel dari jauh sudah menepuk dahinya. Adoi! Kau buat apa bagitahu dekat dia Qay. Gumam Daniel.

Daniel segera duduk semula di kerusinya dan memandang ke arah luar.

Nurin tidak menghiraukan keadaan. Dia terus menolak pintu bilik Daniel.

"Daniel?" panggilnya.

"Daniel. I call you" panggil Nurin lagi.

Akhirnya Daniel memandang tepat ke arah mata Nurin.

"Why?" Daniel bertanya.

"Sampai hati awak buat saya macam ni" ujar Nurin sebak.

"Apa yang saya buat?"

"Awak tak cakap pun yang awak boss dekat sini. Masa saya start kerja semalam pun awak takde cakap pun nama penuh awak"

"Awak tak tanya. Buat apa nak cakap" Daniel menjawab dengan mimik muka bersahaja.

"Lah, akak kerja dekat sini ke?" soal Rayyan tiba tiba.

Qayrina menyiku lengan Rayyan .

"Pasai pa hang ni!" Rayyan marah.

"Ish abang ni, adik baru nak tengok drama free dekat office. Kacau daun betul" Qayrina menayangkan mukatidak puas hati.

Mereka semua tergelak kerana Qayrina.

Daniel menarik tangan Nurin dan pergi ke sudut hujung biliknya .

"Saat engkau muncul di dalam hidupku, engkau memberikan penuh makna kepadaku" Bisik Daniel kepada Nurin.

Nurin hanya tersenyum sambil memandang Daniel.

"Dah habis buat drama?" tiba tiba Papa mencelah.

"Alamak papa" Daniel berkata perlahan .

"Ish, apa lah awak ni Daniel" balas Nurin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience