S E M 11

Short Story Series 26695

"NURIN ?'' Makngah yang sedang mengelap tingkap segera mendapatkan Nurin.

"Makngah pergi mana selama ni? Makngah tahu tak, ummi dengan abi dah takde. Nurin tunggu Makngah, tapi Makngah tak datang pun'' kedengaran tangisan Nurin mengalir membasahi lengan bajunya .

"Makngah minta maaf Nurin. Makngah takde niat pun nak tinggalkan Nurin" Makngah melepaskan pelukan.

Mereka duduk di kerusi berhampiran.

"Habistu sekarang ni, Nurin tinggal dengan siapa ?" Makngah bertanya.

"Nurin tinggal dengan boss kawan abi"

"Masatu sehari selepas ummi dengan abi pergi, diorang ada datang rumah. Diorang kata diorang nak jaga Nurin tapi ada syarat. Syaratnya Nurin kena pantau anak anak dia, sebab mak ayah dia selalu busy"

"Ouh habistu sekarang ni, Nurin masih duduk dengan family dia ke ?"

Nurin menekur ke lantai. Dia mengangguk.

"Nurin nak tinggal dengan Makngah tak ?" Makngah memberi cadangan.

Nurin memalingkan kepalanya ke arah Makngah "Mestilah nak !"

"Okay kalau macam tu, esok Makngah akan pergi rumah dia. Nurin lepasni janganlah sedih lagi okay"

"Okay makngah"

"Jumpa siapa tadi ?" soal Aira.

"Makngah"

"Makngah?" Aira mengerutkan dahi tanda tidak mengerti apa yang berlaku.

"Dia makngah saya. Masa ummi dan abi pergi, dia tak datang" ujar Nurin sedih.

"Ouh, kan dah jumpa semula. Jangan sedih sedih lagi okayyyy"

NURIN masuk ke dalam rumah. Kelihatan Daniel sudah menunggu di hadapan pintu biliknya.

"Kau kenapa?" tanya Daniel.

"Takdepape. Eh tepi lah, saya nak masuk bilik lah" tegas Nurin.

"Aku nak tanya ni"

"Tanya apa lagi Daniel ?" dalih Nurin.

"Kenapa kau tak rehat dengan kitorang semua tadi ?"

"Entah"

"Dah tepi, saya nak masuk lah " rayu Nurin.

Daniel memberi laluan kepada Nurin. Nurin menutup pintu biliknya. Dia merebahkan tubuhnya di atas katil. Fikirannya bercelaru ketika ini. Mahukan dia tinggal semula dengan Makngah ataupun duduk sahaja di rumah ini?

Nurin hanya menggaul gaul nasi di dalam pinggan kepunyaannya.

"Nurin, makan elok elok" bisik Daniel di sebelahnya.

"Nurin okay ke tak ?" Mama bertanya.

"Hum" jawab Nurin.

"Nurin kalau ada apa apa masalah, share with us" pesan Mama.

"Okay mama"

"Dah makan cepat. Esok dah last school kan?"

Ya! Esok merupakan hari terakhir mereka bersekolah. Dan mereka akan bercuti sempena cuti akhir tahun.

Ding dong.

Ada seseorang menekan loceng rumah Tengku Irwan Shah.

"Sekejap" jerit Bibik dari dalam.

"Cari siapa ye ?" soal Bibik setelah membuka pintu rumahnya.

"Cari keluarga Tengku Farinda" jawab Makngah.

Nurin yang turun dari anak tangga terkejut dengan kehadiran Makngah nya itu.

"Makngah buat apa kat sini ?" soal Nurin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience