S E M 2

Short Story Series 26695

"NURIN, esok Nurin dah start sekolah tau" ujar Mama.

Glup. Sekolah? Getus kecil hati Nurin.

"Nurin janganlah risau, semua mama dan papa dah uruskan. Nurin dapat sekelas dengan Daniel tau" terang mama.

"Okay mama, terima kasih sebab bantu Nurin"

"Aih it's okay lah"

Tengku Irwan hanya tersenyum melihat mereka berdua. Bahagia bila ada orang luar yang dapat menyesuaikan diri dalam keluarga mereka.

PAGI ITU,

"Bibik, mari saya tolong" pelawa Nurin.

Bibik memandang Nurin seketika. Dia sudah berpakaian lengkap untuk ke sekolah. Mama yang datang ke dapur segera mendapatkan Nurin dan bibik.

"Aik Nurin, buat apa kat sini?'' soal Mama.

"Dia nak tolong saya sediakan sarapan puan" jawab bibik.

"Lah, tak payahlah. Bibik boleh buat. Awak ni dah siap cantik cantik nak pergi sekolah, takkan nak masuk dapur pulak" Mama mengelus perlahan pipi Nurin.

"Er, takpelah mama. Nurin memang dah biasa tolong sediakan sarapan ummi dengan abi dulu" nada suaranya berubah menjadi sayu.

"NURIN! Dah siap belum?'' soal papa tiba tiba.

"Dah papa!" jerit Nurin di dapur.

"Dah Nurin, cepat pergi. Biarkan bibik yang buatkan, nanti kamu lambat nak ke sekolah" kata bibik.

Nurin akhirnya akur. Dia pergi ke ruang tamu hadapan.

Selesai sarapan, Nurin yang sedang memakai kasut itu terasa sesuatu yang sedang menggangunya.

"Eh mama" kata Nurin terkejut.

"Lah terkejut ke?" soal mama kemudian dia duduk bersebelahan dengan Nurin.

"Takdelah, mama cuma nak pesan je. Nanti kat sekolah tu Nurin jaga diri elok elok. Daniel, tolong tengok tengokkan Nurin ni. Takut jadi apa apa dekat dia, susah nanti" sempat lagi Mama memetik nama Daniel.

"Okay Mama. Kami pergi dulu ye, nanti lambat pulak" Rayyan menjawab bagi pihak Daniel. Daniel dan Fikry hanya mendiamkan diri.

Aku nak tengok tengokkan kau? Ceh, tak kuasa. Gumam Daniel.

Mereka berempat masuk ke dalam perut kereta. Tanpa membuang masa, papa segera menekan pedal minyak dan melucur laju meninggalkan kawasan perkarangan rumahnya.

"Nanti Nurin tolong tengok tengokkan ye anak anak papa ni" papa cuba memcahkan kesunyian.

"Baik Papa" jawab Nurin.

"CEPATLAH" arah Daniel di hadapan sekolah.

Nurin yang terkocoh kocoh lari segera mendapatkan Daniel.

"Nah bawa beg aku ni!" tegas Daniel sambil memberikan beg galasnya kepada Nurin.

"Aik kenapa saya pula kena bawa beg awak?'' Nurin memberanikan diri untuk bersuara.

"Eh eh, papa aku kan suruh kau tengokkan aku. Jadi kau kenalah ikut apa yang aku suruh" Daniel berbisik di telinga Nurin.

"NURIN!" panggil Fikry.

"Bawa aku punya sekali" Fikry turut melakukan perkara yang sama seperti abangnya.

"Okay" lemah sahaja suaranya.

Rayyan yang menjadi pemerhati antara mereka hanya diam membisu. Takut takut dia pula akan dimarahi oleh abangnya.

"Rayyan" panggil Nurin.

"Ye akak?" jawab Rayyan.

"Boleh akak tahu pejabat dekat mana?" soal Nurin.

"Akak nak buat apa dekat sana?" bidas Rayyan.

"Akak nak amik jadual kelas"

"Ouh, jomlah Rayyan tunjukkan"

"Abang, boleh tak abang bawa sendiri beg ni. Sebab akak nak pergi pejabat kejap, dia nak amik jadual baru" Rayyan tiba tiba bersuara kepada abangnya itu.

Daniel dan Fikry memberhentikan langkah mereka. Dia merampas beg yang dipegang oleh Nurin dan meninggalkan Nurin terpinga pinga di situ.

"Sorry lah akak, Daniel dengan Fikry memang macam tu" Rayyan mencelah.

"Takpe akak faham. Eh jom kita gerak, nanti Rayyan pula lambat nak ke kelas" Nurin cuba mengubah topik perbualan mereka.

Nurin menunggu di depan pejabat. Dalam 5 minit kemudian, seorang lelaki muncul di depannya.

Termengah mengah nafas pelajar lelaki itu.

"Fuh penat" lelaki tersebut mengeluh.

"Awak budak baru ke?" soal Nurin tiba tiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience