PROLOG

Short Story Series 26695

"Ummi, cepat !" jerit Nurin di ruangan parkir.

"Kejap Nurin " balas Ummi.

"Okay jom" ajak Ummi.

Mereka bertiga masuk ke perut kereta. Hari ini Nurin dan keluarganya akan pergi bercuti selama 3 hari 2 malam di Pulau Pangkor.

"Nurin suka lah kan dapat pergi holiday dengan ummi abi" kata Abi nya yang sedang memandu.

"Mestilah, bukan selalu dapat pergi holiday dengan ummi abi" kata Nurin di belakang.

"Ummi dah booking bilik siap dengan swimming pool tau" kata Ummi.

"Seriously ummi" kata Nurin terkejut.

Abi yang masih memandu hanya tersenyum.

"Ye, ada lagi tau" bidas Ummi.

"Apa lagi ummi?" soal Nurin teruja.

"Ummi ada beli sesuatu"

"Alaa Ummi, jangan lah berahsia dengan Nurin"

"Tunggu lah'' kata Ummi lembut.

Semasa dalam perjalanan, Ummi dan Nurin yang banyak berbual. Dia lebih banyak bersembang tentang percutian ke Pulau Pangkor.

"Aduh, tak sempat" kata abi yang tidak lepas dari lampu isyarat di simpang Kemaman.

"Tunggu je lah abi, bukannya lama pun kan" tutur Ummi.

Nurin yang sudah tidur nyenyak dibelakang tidak sedar waktu itu.

Tiba tiba, sebuah lori dari arah depan merempuh kereta mereka.

PONNNNNN ! ! ! ! ! ! ! !

Terhentak kuat kepala ummi di airbag ketika itu. Nurin yang terkejut mendengar segera sedarkan diri.

Lampu isyarat sudah bertukar kepada hijau. Tetapi kenderaan mereka masih tidak bergerak dan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Remuk seribu kenderaan abi Nurin. Nurin keluar dari kereta walaupun dirinya tersepit ketika itu.

Ramai orang datang membantu. Nurin sudah menjadi tidak tentu arah. Dia menangis sekuat kuatnya.

" UMMI !!! ABI !!!" jeritnya. Nurin mahu pergi ke arah sana tetapi ditahan oleh Makcik yang berada di situ.

"Adik, jangan ke sana. Bahaya. Kita tunggu ambulance dan polis datang okay. Sabar ye adik" pujuk Makcik itu yang cuba menenangkan Nurin.

"No ummi, abi. Jangan tinggalkan NURIN!" jerit Nurin lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience