S E M 5

Short Story Series 26695

"Aira Arissa?" tanya Putri.

Aira hanya mengangguk kecil.

"Kau kelas apa?" soal Najwa pula

"4 Brilliant''

"Kau ada duit tak sekarang?" Putri bertanya lagi.

"Takde" jawab Aira.

"TIPU !!" jerkah Najwa dan Yana serentak.

"Betul"

Ketika itu, Aira sudah menggigil ketakutan. Putri tiba tiba merampas beg yang di galas oleh Aira. Habis segalanya diselongkar oleh Putri dan kawan kawannya. Satu per satu barang dikeluarkan.

"Eeeuw, apa ni Aira?" soal Putri pada ketika itu sedang memegang sebuah buku yang agak lunyai.

Aira menunduk lemah. Air matanya mengalir perlahan. Dia malu ketika itu.

"Busuknya bau buku kau ni" kata Najwa.

Aira sudah teresak esak menangis.

Nurin yang sedang berjalan dengan Daniel, Fikry dan Rayyan masih senyap dan tidak bersuara.

Nurin merasakan sesuatu yang tidak kena. Dari tadi dia terdengar suara jeritan dan tangisan.

''Alamak" tiba tiba Nurin bersuara.

"Kau kenapa pulak?" balas Daniel.

"Er, saya tertinggal barang lah dekat kelas" ujar Nurin.

"Akak pergilah ambil, kitorang tunggu dekat kereta" sampuk Rayyan.

"Korang tunggu kejap ye" kata Nurin kemudian pergi dari situ.

"Haih mengada betul ! Tertinggal barang lah, apa lah" Fikry mehanan marah.

"Sabar je lah, biasa lah tu" ujar Daniel.

Nurin masih tercari cari siapa yang bising tadi. Matanya terberhenti ketika memandang Putri dan kawan kawannya sedang cuba membuli seseorang.

''Hoi, kau buat apa!" jerit Nurin.

"Wah wah wah, hero dah datang" balas Putri.

"Awak okay" saol Nurin kepada gadis perempuan tersebut.

"Saya okay''

"Ouh Aira eh nama awak?" soal Nurin setelah dia memandang tag yang dipakai oleh Aira.

Aira mengangguk.

Dush !!! Tiba tiba Nurin ditolak oleh Najwa.

"HAHAHAHAHAHAHAHA" mereka bertiga ketawa serentak.

Terduduk lemah Nurin dibuatnya.

"Maaflah oups!'' kata Putri kemudian pergi dari situ.

"Kau kena ingat, ni sekolah orang orang kaya je tau"

"Tah, tahu takpe. Eee dahlah dapat biasiswa, ni sekolah orang orang kaya je" sempat lagi Putri menyampuk.

Nurin hanya mendiamkan diri ketika mereka memakinya. Dia sudah biasa dikatakan seperti itu.

"Aduh sakitnya" rengek Nurin perlahan.

"Awak okay?'' Aira bertanya.

"Sa saya okay"

"Mari saya tolong hantarkan awak" pelawa Aira.

"Takpelah, saya boleh jalan sendiri" kata Nurin yang sedang cuba berjalan.

"Baik, hati hati. Terima kasih sebab bantu saya tadi" ucap Aira.

"Sama sama"

Nurin kembali semula ke depan pintu pagar sekolah. Daniel, Fikry dan Rayyan masih binggung kerana melihat Nurin yang terencot encot berjalan.

"Kau kenapa pulak?" soal Daniel.

"Terjatuh tadi dekat tangga" Nurin cuba menyembunyikan apa yang berlaku sebentar tadi.

"Akak okay?" Rayyan bertanya.

"Okay, sikit je ni"

"Dahlah! Aku nak balik. Bukan nak bersoal jawab dengan kau" tiba tiba Fikry bersuara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience