S E M 9

Short Story Series 26695

SEMASA di sekolah, Qayrina mengajak Nurin menemannya ke pejabat untuk mengambil jadual kelasnya.

"Akak, jom teman Qay amik jadual" kata Qayrina sambil menarik tangan Nurin.

"Eh japp, akak kena cakap dengan abang abang awak dulu. Nanti dia buat muka cengik" balas Nurin.

"Abang! Akak Nurin teman adik tau nak pergi pejabat. Tata" jerit Qayrina kemudian pergi dari situ.

"What ??" Daniel menepuk dahinya.

"Biarkan je lah diorang tu" sampuk Fikry.

Qayrina dan Nurin berjalan menuju ke pejabat untuk mengambil jadual kelas. Nurin terdengar suara Aira yang sedang meminta tolong. Dia sudah tahu siapa yang membulinya.

"Akak, akak ada dengar tak suara orang jerit jerit ?" soal Qayrina.

Nurin mengangguk "Ada, biar je lah" sambil menolak tangannya ke tepi.

"Aih, tak boleh. Qay nak tengok juga" paksa Qayrina.

"Tapi..." belum sempat Nurin berkata, Qayrina sudah meninggalkannya.

"Hoi perempuan !!!" jerit Qayrina kasar.

Mereka bertiga berhenti memukul Qayrina.

"Ewah, kau siapa nak sibuk urusan aku" Putri memghampiri Qayrina.

Nurin yang datang segera menarik tangan Qayrina. "Qay, jom. Biar je diorang"

"Eh, bukan ke haritu dia yang berlagak sangat nak selamatkan orang" perli Putri.

"Kurang ajar" hampir sahaja Qayrina ingin menampar 'Si Gedik' tu.

"Kau pahal nak touch touch pulak" marah Putri.

"Ouh jadi kau ni kawan dengan perempuan miskin ni lah. Entah entah kau pun miskin" Yana menyampuk.

Tiga sekepala tergelak besar.

"Eh cup cup, siapa lagi miskin. Kau ke aku?" balas Qayrina sambil menunjukkan jari ke arah mereka.

Turun naik dada Putri mendengarnya.

"Kau budak baru apa kau tahu !" kenyaringan suara Putri menjerit menyebabkan semua pelajar memandang ke arah mereka.

"Sebab aku budak baru lah, aku tak tahu. Dan kau! Tak payah nak acah kaya sangat! Bukannya aku tak kenal siapa kau! Anak Puan Cristina" merona merah muka Qayrina menahan amarah.

"Harap muka je cantik, tapi hati busuk!" sambung Qayrina lagi.

"Kau ni dah melampau!" balas Putri dan kemudiannya menampar Qayrina.

"KAMU BERDUA DATANG KE PEJABAT SAYA SEKARANG" kata pengetua tiba tiba.

Nurin menepuk dahinya. Bala apa pulak lepasni. Gumamnya.

"Awak ni budak baru, kenapa first day dah buat hal? Cari masalah dengan dia?" soal Pengetua.

Putri tersenyum puas. Dia tahu tuan Pengetua akan béla dia.

Qayrina yang mendengarnya tersenyum jahat sambil menarik kerusi di hadapan Tuan Pengetua tanpa di suruh sambil berkata "Apa yang cikgu cakap? Bila masa saya cari pasal dengan dia. Dan untuk pengetahuan cikgu, saya ni bukannya jenis yang suka cari pasal. Lain lah dengan dia" Qayrina memandang tajam ke arah Putri.

Terkejut beruk dibuatnya. Terus berubah air muka Putri.

"Berani awak menjawab depan saya. Jangan sampai saya call parents awak" tegas Pengetua.

"Maaflah cikgu, kalau cikgu call parents saya pun, diorang takkan layan sebab sekarang ni diorang ada outstation" balas Qayrina.

Bilik Tuan Pengetua di ketuk dari luar.

"Masuk" laung pengetua.

Muncul Daniel, Fikry dan Rayyan. Pengetua membetulkan dudukya

"Ada apa kamu datang ke sini ?" soal pengetua secara baik.

"Aik, mana pengetua yang garang tadi ?" perli Qayrina.

"Kamu jangan masuk campur Qayrina. Kalau kamu taknak dibuang sekolah, baik kamu diam"

"Buang je lah saya, kalau cikgu bagi"

"Kamu keluar sekarang QAYRINA !!!" jerkah pengetua.

"Betul ke cikgu nak dia keluar ?" Daniel bertanya.

"Berani betul cikgu kata macam tu dekat dia" Fikry menyelit.

"Cikgu tak kenal ke siapa dia ?" soal Rayyan pula.

Pengetua mengerutkan dahi. "Kenapa kamu back-up sangat dia. Kamu tak nampak ke dia kurang ajar dengan saya tadi ?"

"Betul tu, sakit tangan saya dia genggam tau" Putri bersuara sambil menunjukkan pergelangan tangan kirinya.

"Eh tadi aku pegang tangan kanan okay" sampuk Qayrina.

"CUKUP!" jerit Pengetua.

Qayrina sudah hilang sabar. "Untuk pengetahuan semua, ni bukan salah saya. Sebab saya hanya ingin membantu orang yang dibuli oleh perempuan yang cikgu asyik béla ni" kata Qayrina ke arah Pengetua dan tangannya menunjuk ke arah Putri.

"Kamu ada bukti ke yang kamu tidak bersalah ?" Pengetua bertanya.

Tiba tiba Nurin dan Aira masuk "Ye kami ada bukti" ujar mereka.

Putri sudah mula kecut perut. "Kau jangan nak buat fitnah eh. Aku tahu ni semua plan kau dengan budak baru !"

"Kau sebenarnya jealous kan sebab aku ni orang kaya. Dan kau Aira, kau pun sebenarnya jealous kan sebab aku ni lagi cantik dari kau" sambung Putri lagi.

"Kau ingat kau tu kaya, cantik sangat ke ha ?" Qayrina menolak tubuh Putri.

Daniel cepat cepat menamatkan pergaduhan mereka.

"Maaflah cikgu, adik saya memang macam ni" kata Daniel.

"Bila masa Qay macam ni? Lagipun bukan salah Qay. Abang pun nak back-up dia jugak ke" marah Qayrina.

Pengetua hanya diam untuk memahami situasi.

"Qayrina? Jadi kau Tengku Aireen Qayrina ?" soal pengetua.

"Yes" Qayrina menjawab.

"Saya minta maaf, saya tak tahu'' bidas Pengetua yang masih dalam keadaan terkejut.

"Kalau saya bukan Tengku Aireen Qayrina, mesti cikgu nak buang saya Dari sekolah ni kannn ?"

Pengetua hanya mendiamkan diri.

"Jadi betul lah? Pengetua jenis apa kalau macam ni? Asyik pandang duit je" Qayrina masih bersuara.

"Ma- maafkan saya'' ujar pengetua.

"Saya harap lepasni pengetua, jangan judge orang sesuka hati" kata Qayrina.

"Baik, kamu boleh keluar sekarang" balas pengetua lembut.

"Terima kasih" tutur Qayrina kemudian pergi dari situ bersama sama dengan Daniel, Fikry dan Rayyan serta Nurin.

Putri membuat muka. Dia juga berjalan ke luar bilik tuan pengetua sambil berbisik "Aira, harini hari kau. Esok lusa hari aku"

p/s : esok Kayla akan ada peperiksaan pertengahan tahun, jadi Kayla akan jarang update untuk minggu ni.

please doakan semua urusan Kayla esok dipermudahkan. thank you

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience