S E M 1

Short Story Series 26695

NURIN masuk ke dalam pangkar rumahnya. Sunyi. Sepi.

"Assalamualaikum" ucapnya perlahan.

Tiada lagi kekecohan dan gelak tawa di rumahnya kini. Dia berjalan menuju ke bilik ummi abi nya. Air mata diseka oleh Nurin.

Semoga ummi dan abi tenang di sana.

Pihak hospital mengesahkan Abinya telah meninggal di tempat kejadian pada hari tersebut. Umminya pula meninggal semasa mendapat rawatan di Hospital Kemaman.

Nurin redha dengan pemergian kedua dua insan tersayang. Walaupun dirinya baru tingkatan 4, dia tidak pernah berputus asa untuk meneruskan kehidupannya.

DING DONG

Baru sahaja Nurin ingin merebahkan tubuhnya di sofa, tiba tiba loceng rumahnya berbunyi.

Aduh siapa pula datang ni. Gumamnya.

Nurin berjalan menuju ke pintu. Dia kaku seketika melihat seorang pasangan suami isteri yang berpakaian kemas datang ke rumahnya.

"Er, cari siapa ye?" soal Nurin.

"Awak anak kepada arwah Encik Naim?" soal lelaki tersebut.

Nurin mengangguk.

"Adik, sebenarnya kami ada satu permintaan" ujar si isteri.

"Er boleh tak saya nak tahu nama tuan puan" balas Nurin.

"Ouh ya! Lupa nak cakap, nama saya Tengku Irwan Shah dan ini isteri saya Tengku Farinda" kata Tengku Irwan.

"Ouh Tengku, ada apa ye?" soal Nurin kembali.

"Kami nak mengucapkan salam takziah dekat awak, sebenarnya saya merupakan boss kepada ayah awak" tutur Tengku Irwan.

"Jadi?" tanya Nurin dengan penuh kebingungngan.

"Memandang kan arwah ayah awak rapat dengan suami saya, saya ingin mmberikan pilihan pada kamu ada sama tinggal dengan kami tapi bersyarat atau tinggal dekat rumah anak yatim" pinta Tengku Farinda.

Tinggal serumah? Eih apa diorang merepek ni? Bisik Nurin.

"Tengku boleh tak bagi saya sedikit masa untuk berfikir?"

"Boleh, esok kami akan datang semula ke sini ya" jawab Tengku Farinda lembut.

Nurin menjemput mereka berdua pulang. Dia masuk semula ke dalam rumahnya. Pelbagai cara dia memikirkan tentang tawaran yang ditawarkan oleh Tengku Irwan tadi.

"MARI masuk Nurin" ajak Tengku Irwan.

Nurin akhirnya bersetuju dengan tawaran tersebut. Kata Tengku Farinda, dia akan menanggung kesemuanya sehingga Nurin berjaya ke menara gading.

"Assalamualaikum" perlahan sahaja suara Nurin.

"Aih Nurin, mari masuk" kata Tengku Farinda yang sedang sibuk menguruskan urusan penjualan bangunan miliknya kepada Cristina. Anak Puan Cristina yang berada di sisinya sudah menjeling jeling ketika memandang Nurin.

"Siapa tu Tengku?'' soal Puan Cristina yang masih ragu ragu dengan kedatangan 'orang asing' di rumah mereka.

"Ouh, itu anak kepada majikan suami saya'' jawab Tengku Farinda.

"Nurin, kamu boleh ke dapur dulu" arah Tengku Irwan.

"Baik" Nurin membawa beg bagasinya ke bahagian dapur.

Tengku Ashraf Daniel yang baru turun dari anak tangga terhenti seketika melihat seorang perempuan yang tidak dikenali itu.

"Kau siapa?" soal Daniel dengan penuh keangkuhan.

"Er er saya" belum sempat dia menghabiskan kata katanya, ayahnya muncul.

"Dia anak kawan papa, mak ayah dia baru meninggal 2 hari lepas. Dia hilang tempat bergantung, jadi papa amik dia sebagai anak angkat" Tengku Irwan Shah memberi penerangangan kepada Daniel.

"Okay" hasrat Daniel yang ingin meneguk air terbatal setelah mendapat tahu perkara itu.

"Daniel !" tegas sahaja suara papanya.

Terhenti seketika langkah Daniel.

"Apa lagi papa?" balas Daniel.

"Tolong tunjukkan bilik untuk Nurin. Suruh dia duduk dekat bilik tetamu single" arah papa.

Daniel akur dengan arahan yang diberikan.

"Nurin, ikut Daniel" kata Tengku Irwan kepada Nurin.

"Baik Tengku" jawab Nurin.

"Tak payah lah nak panggil Tengku, panggil papa je"

"Okay papa" Nurin sedikit kekok ketika itu.

PAGI KEMUDIAN ,

"EH Nurin, sikitnya makan" kata mama.

"Er takpe, Nurin dah kenyang" saja Nurin memberi alasan.

"Makanlah lagi akak, banyak lagi lauk tu" kata Tengku Aiman Rayyan. Saja ditekankan perkataan 'akak' . Daniel yang berada di hujung meja sudah menjeling jeling adiknya itu. Rayyan merupakan anak ketiga. Daniel, Fikry dan Rayyan bersekolah di satu sekolah yang sama. Manakala Tengku Aira Qairyna bersekolah di tempat lain.

"Takpelah Rayyan. Akak tak biasa makan banyak sangat" ujar Nurin.

"Ouh takpelah macam tu" jawab Rayyan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience