S E M 13

Short Story Series 26695

5 tahun kemudian ...

"Assalamualaikum" ujar Nurin sebaik sahaja masuk di dalam rumah Makngah.

"Eh Nurin, macam mana? Dapat kerja tak?" pantas Makngah bertanya tanpa menjawab salam Nurin sebentar tadi.

Nurin menggeleng perlahan. Sudah puas dia mencari kerja di kawasan rumahnya itu. Tidaklah jauh mana dari bandar, tetapi hampir semua tempat Nurin pergi. Semuanya tidak memerlukan pekerja ketika itu.

"Sabarlah Nurin, nanti ada lah rezeki Nurin" pujuk Makngah.

Raihan datang sambil membawa beg mainannya ke arah Nurin "Akak, jom main"

Raihan sudah berusia 5 tahun. Makin besar, makin banyak ragammnya.

"Adik, kakak penat. Kasi kakak rehat dulu okay" kata Makngah.

"Akak penat ke? Raihan tak nampak pun" bidas Raihan selamba.

"Adik!" sedikit tegas suara Makngah.

"Alaaaa, adik nak ajak kakak Nurin main lah mama" balas Raihan. Kakinya dihentak-hentak tanda protes.

"Raihan, jangan buat ibu macam tu. Tak baik tau" Nurin menegur Raihan.

Raihan diam dan berlari masuk ke dalam bilik.

"Kakak tipu! Kakak tak penat pun" Raihan menjerit dari dalam.

Nurin yang mendengarnya hanya menghela nafas panjang.

"Nurin... jangan ambil hati sangat apa yang Raihan cakap tu, dia masih budak budak. Tak faham apa-apa" kata Makngah lagi.

"Takpe Makngah. Nurin nak rehat dulu"

Makngah menanggung.

Apa kata aku call Aira, tanya tempat kerja kosong. Gomel Nurin sendiri.

Dia mencapai telefon bimbitnya. Dicari nombor Aira.

"Hello Aira" Nurin memulakan perbualan.

"Hish, apa ni. Tak bagi salam pun" balas Aira di talian.

"Hehehe sorry. Saya nak tanya kau ni, awak tau tak kerja kosong dekat area rumah saya ni?" soal Nurin.

"Tempat kerja saya ada perlukan pekerja. Awak boleh kot kerja dekat sini. Kerani syarikat boss saya baru je resign minggu lepas" jawab Aira.

"Seriously. Boleh tak kalau saya nak kerja dekat situ. Penat tau, hari hari saya cari kerja. Tapi semua tak nak accept" bebel Nurin.

"Amboi. Kita pula yang kena marah"

Nurin tergelak kecil "Maaflah. So boleh tak awak tanya dengan boss awak, saya nak kerja situ"

"Nanti saya cakap dekat kau esok. Dahlah saya nak tidur ni, esok kalau datang lambat... boss saya tu mengamuk macam singa"

"Aih, baru nak sembang. Takpelah pergi lah tidur. Ingat... jangan lupa tanya dekat boss awak"

"Ha ye ye" jawab Aira.

Tok Tok

Pintu pejabat diketuk dari luar.

"Masuk''

Aira menolak pintu pejabat boss nya.

"Ada apa Aira?" soal boss.

"Erm... boss" jawab Aira.

"Apa Aira?" tanya boss sekali lagi.

"Kerani kita baru resign kan?" soal Aira.

Boss mengangguk "Kenapa?"

"Boleh tak, kalau saya nak suruh boss ambil kawan saya bekerja dekat sini. Kesian boss dekat dia, dahlah parents dah meninggal 6 tahun lepas. Macam mana dia nak hidup boss kalau dia tak kerja" Aira mencari alasan.

"Kenapa pula. Erm nanti saya fikirkan"

"Okay boss. Saya nak keluar ni, boss nak kirim apa apa tak?"

Boss hanya menggeleng.

Semasa sedang menyiapkan tugasan, Aira mendapat panggilan daripada boss nya.

"Hello Aira, datang ke bilik saya sekarang!" suara boss seakan akan marah.

"Ba-baik boss" terkocoh kocoh Aira berlari ke bilik boss.

"Ada apa boss? Macam serious je" tanya Aira.

"Saya boleh terima kawan awak tau kerja dekat sini. Esok suruh dia datang pejabat ni pukul 9 pagi. Ingat, jangan lambat! Saya tak suka orang yang lambat" tegasnya lagi.

"Okay boss"

Keluar sahaja Aira dari bilik boss, dia segera menelefon Nurin.

"Hello, assalamualaikum Nurin"

"Huarghhhhhh, ha ada apa" terdengar suara Nurin mengeliat. Dia sudah malas untuk mencari kerja pada Hari tersebut.

"Boss saya terima awak kerja dekat sini" kata Aira dengan teruja.

"Ha apa?!" Nurin terkejut lalu dia menjerit di talian.

"Ya allah, awak ni. Cover sikit"

"Bila start kerja? Dekat mana? Pukul berapa? Nak bawa apa? Pakai baju apa? Awak teman saya tak?" bertubi tubi soalan yang ditanya oleh Nurin.

"Esok pagi, pukul 9. Jangan lambat tau. Boss saya tak suka orang yang lambat. Pakai baju formal. Insyaallah kalau saya sempat, saya akan teman awak"

"Yayyy thank you Aira. Kita jumpa esok okay"

"You're welcome"

Nurin berasa sangat bersyukur kerana ditawarkan berkerja setempat dengan Aira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience