BAB 1

Romance Completed 3039

Dia datang sebagai bodyguard? Tak ku sangka rupa-rupanya pertemuanku dengan bodyguard, Adib telah menyatukan cinta lama. Inilah anugerah yang paling bermakna—Lia

Seperti hari-hari biasa, tugas Lia adalah menguruskan syarikat miliknya, Lia ni Incorporation. Lia lebih gemar berpakaian kasual dan formal. Blouse, kain kembang ala-ala Elsa dalam Frozen sorry lah. Memang dah lama terkeluar daripada senarai pemakaian Lia.

Apa yang menarik tentang Ratna Magnolia Binti Syed Hazlan ialah dirinya yang mempunyai pakej lengkap sebagai wanita idaman para lelaki iaitu, solehah, bijak, berharta, baik dan bersopan-santun. Sudah ramai lelaki yang beratur untuk memilikinya tetapi hanya ada seorang sahaja di hati Lia pada masa kini. Jejaka yang amat bertuah daripada lelaki-lelaki lain ialah Mirza.

Mirza juga bernaung di bawah sebuah syarikat yang bernama Mystic Holdings dan dia bertindak sebagai CEO syarikat tersebut. Bibit-bibit cinta mula menguasai diri mereka berdua ketika mereka terserempak dalam satu majlis. Mulai dari saat itu, Lia mula menyukai Mirza dan Mirza juga menyukai Lia.

“Ibu, Lia pergi dulu ye?” tutur Lia sebaik sahaja dia turun dari tingkat atas. Ibu yang sedang sibuk di dapur hanya mengangguk seraya berkata “Hati-hati pandu kereta”. Lia bersalam dengan ibunya dan berlari mendapatkan kereta di garaj rumah. Dia menghidupkan enjin lalu memandu ke tempat kerja.

Hari ini, Lia dan rakan sekerjanya Deqnor pergi lunch bersama-sama. Sempat juga mereka berdua berbual-bual antara satu sama lain tentang diri masing-masing. Lia sibuk dengan mesej whatsapp yang semakin memenuhi telefon pintarnya. Deqnor pula sedang khusyuk membaca surat khabar yang ada di atas meja restoran tersebut.

“Wei! Kau tengok ni. ‘Wanita Diragut Ketika Berjalan Seorang Diri’. Takutnya” kata Deqnor sambil menunjukkan sebahagian daripada akhbar tersebut. Lia melihat artikel tersebut dengan sepintas lalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience