BAB 11

Romance Completed 3039

“Dia cakap dia nak pergi ke luar negara. Maybe dia dekat KLIA la sekarang” jelas ibu.

Tanpa membuang masa, Lia berlari mendapatkan keretanya. Dia memandu sepantas yang boleh hingga tiba di KLIA. Dia melihat-lihat sekeliling jikalau terjumpa kelibat Adib. Tetapi, Adib telah pergi. Lia terduduk di atas sebuah bangku dan hanya menangis.

Sedang dia menangis dengan teresak-esak, muncul seorang lelaki di depannya. Lia mengangkat muka dan ternyata, Adib lah yang sedang berdiri di hadapannya sekarang. Dia bingkas memeluk erat tubuh Adib. Adib juga tersenyum dan membalas pelukannya. Lebih kurang 1 minit juga mereka berpeluk.

“I remember you now. Please forgive me, Adib. Saya ingat awak dah tinggalkan saya sewaktu kita rapat di sekolah dahulu. Tapi, awak sanggup kembali sebagai bodyguard saya” luah Lia sambil air matanya melimpah keluar.

“I could not leave you. It’s hard for me to leave our love. Dalam diam, saya cintakan awak semasa di sekolah. Tapi, minta maaf sebab saya terpaksa berpindah. And now...see. Allah mempertemukan kita kembali. Kita jangan berpisah lagi okey” tutur Adib romantik. Lia masih memeluk Adib. Dia mengangguk perlahan.

“So, awaklah yang hantar semua kad ucapan dan ros tu?” soal Lia tiba-tiba. Adib pula yang menangguk sambil tersenyum. Lia memeluk Adib dengan erat. Tidak dia sangka bahawa lelaki yang dikenalinya sejak dari zaman persekolahan lagi akhirnya bersatu dengannya selepas lama berpisah. Apa yang lebih mengejutkan Lia, Adib sanggup muncul sebagai bodyguard yang sentiasa menemaninya. Patutlah Lia sentiasa rasa selamat apabila berada di samping Adib.

Lia amat bersyukur kerana dia dipertemukan kembali dengan Adib setelah sekian lama. Ini adalah Anugerah Cinta yang teramat bermakna buat Lia. Terima kasih atas anugerah yang tidak ternilai ini. Lia dan Adib telah ditakdirkan untuk bersama walaupun telah lama berpisah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience