BAB 5

Romance Completed 3039

“Kecil betul dunia ni kan. Adib ni pernah tolong ibu jugak. Alang-alang dia sudah berhenti kerja, ibu rekrut lah dia sebagai bodyguard Lia. Amacam?” tanya ibu sambil mengeyitkan sebelah mata sambil mengangkat thumb up. Lia dan Adib hanya tersenyum. Pipi Lia jadi merah menyala tiba-tiba. Selepas itu, ibu meninggalkan Adib dan Lia berdua-duaan di ruang tamu. Agak kekok bagi mereka berdua walaupun sebelum ni dah pernah berjumpa.

“Adib, sanggup ke awak jadi bodyguard saya? Awak tak ada kerja lain ke?” tanya Lia yang risau tiba-tiba.

“Kenapa? Tak suka ke saya jadi bodyguard awak?”

“Bukan apa, saya agak rimas kalau ke hulu ke hilir ada orang teman. I mean, sesekali saya nak la ada bodyguard juga memandangkan persekitaran kini yang penuh dengan masalah sosial. Tapi, awak tak ikut saya sampai dalam t..tandas kan?” tanya Lia.

“Kenapa? Kalau awak nak saya temankan sampai dalam tandas pun boleh” Adib tersenyum. Sempat lagi jejaka ini mengusik Lia. Lia malu lalu berlari masuk ke dalam biliknya. Adib hanya tergelak kecil melihat perwatakan Lia sebegitu. Comel...

Lia berjalan sambil menekup mukanya sedikit. Nak buat macam mana? Semua orang di pejabat asyik tengok dia sahaja. Kenapa entah? Tak pernah tengok orang ada bodyguard ke?

“Adib, jangan la jalan dekat dengan saya sangat. Jauh sikit” bisik Lia perlahan. Adib tidak memberi respon. Dia tidak berganjak. Hadoi! Buat penat aje cakap dengan bodyguard ni. Bukannya dia mahu ikut pun perintah aku.

“Adib ! Jauh sikit” sekali lagi Lia membentak. Sekali lagilah tiada respon daripada Adib.

Sampai sahaja di bilik persendirian Lia, Adib diperintahkan supaya menjaga di pintu luar bilik Adib. Jadi, Adib pun ikut sahaja. Gajinya dibayar setiap jam. Semua orang sedang asyik melihat Adib yang berdiri di luar bilik Lia. Lia jadi segan walaupun dia berada di sebalik pancaindera orang lain.

Deqnor juga tak lekang-lekang melihat Adib. Ish! Lelaki mana pulak tu ye? Dari mana Lia kutip? Tak pernah pun aku nampak sebelum ni. Bila masa Lia ada bodyguard? Untuk mendapatkan kepastian, Deqnor masuk ke dalam bilik Lia. Sebelum tu, dia juga turut ditahan oleh Adib dan diperiksa. Wah! Beretika betul Adib semasa bekerja. Good job!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience