BAB 9

Romance Completed 3039

Lia dan Adib sedang menunggu di dalam kereta. Lampu dimatikan. Lia hairan kenapa Adib tiba-tiba bawanya ke sini.

“Cik Lia nampak tu. Itu sebuah kelab malam yang terbesar di Kuala Lumpur ni. Ramai kan?” Adib menunjukkan Lia sebuah tempat yang dipenuhi orang ramai. Lelaki dan perempuan bercampur. Astagfirullah. Lia mengangguk lalu matanya melihat wajah Adib kembali.

“Cik Lia renungkan dengan teliti. Tengok dalam kelompok orang ramai tu. Saya pasti yang ada seseorang yang Cik Lia kenal”. Tanpa membuang masa Lia melihat dengan teliti. Ya Allah! R..Mirza ! Lia terkejut setelah melihat Mirza berfoya-foya.

Dia menutup mulut. Matanya mula mengalirkan air mata.

“Cik Lia kata yang Cik Lia kenal dia kan? So, Cik Lia tahu tak pasal semua ni?” sengaja Adib menyoal Lia yang masih tidak percaya. Lia menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Hmmm..Mirza kawan baik saya di alam persekolahan. Dia baik orangnya pada mulanya. Tetapi, lama kelamaan akhlaknya mula merosot. Waktu malam, kaki perempuan. Waktu siang kadang-kadang kaki judi” jelas Adib. Lia hanya mendengar.

“Bawa saya balik Adib. Please...” rayu Lia. Lantas Adib memandu pulang dan menghantar Lia ke rumah.

Dalam perjalanan, Lia hanya diam. Suasana di dalam kereta sunyi sepi. Adib kesian melihat Lia yang dari tadi sedih. Tetapi, daripada Lia terluka di masa hadapan, lebih baik dia terluka sekarang. Itulah yang difikirkan oleh Adib.

“Sebagai bodyguard Cik Lia, saya tak nak lagi Cik Lia berkawan dengan Mirza. Itu sahaja permintaan saya. Tolonglah Cik Lia...” kali ini Adib pula yang merayu. Tanpa membuang masa, Lia mengangguk seraya berkata “baiklah”. Dia juga meminta maaf kerana terkasar dengan Adib sebentar tadi.

Sejak dari hari itu, Lia tidak lagi berjumpa dengan Mirza. Dia sudah meminta Mirza supaya menjauhkan diri daripadanya. Tetapi, sejak dari hari itu juga, sekuntum ros putih berserta kad ucapan tanpa nama pengirim sering berada di hadapan pintu rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience