BAB 4

Romance Completed 3039

“Tak. Dia jarang tanya khabar aku” luah Lia lagi. Deqnor geram.

“Ish...tak guna punya lelaki. Anyway, aku rasa kau perlukan seorang bodyguard. Maybe untuk keselamatan kau” cadang Deqnor. Lia hanya mendegar cadangan Deqnor sambil mindanya masih teringat akan insiden hitam semalam.

Setelah ibu dapat mengetahui tentang insiden yang menimpa Lia, dia melantik seorang bodyguard tanpa pengetahuan Lia sendiri.

Pulang sahaja dari rumah, Lia terkejut dengan sesusuk tubuh seorang lelaki yang memakai tuxedo sedang berdiri di depan pintu. Lia terjerit kecil. Lelaki itu memakai kaca mata hitam. Jeritan kecil Lia menyebabkan ibu tersentak dan terus mendapatkannya di hadapan pintu rumah.

“Laaa..kenapa dengan Lia ni? Terkejut ibu tau tak” bebel ibu kepada Lia. Lia masih hairan.

“Ibu, s..siapa lelaki ni?” soal Lia tergagap-gagap. Ibu hanya tersenyum. Lelaki yang masih berdiri kaku itu juga tersenyum.

“Inilah bodyguard Lia ” balas ibu ringkas. Lia terlopong.

“Mulai saat ini, dia akan ikut Lia ke hulu dan hilir. Sila perkenalkan diri” kata ibu kepada lelaki itu. Lia menumpukan perhatian. Lelaki itu mengangguk perlahan lalu membuka kaca mata hitamnya. Sebaik sahaja lelaki itu menunjukkan wajahnya, mulut Lia terlopong luas. “Adib !” suara Lia terkejut. Adib tersenyum.

“Yes. I’m Adib Muizzam. Good to see you ‘again’ cik Lia ni. Or Lia ” tutur Adib perlahan tetapi cukup kuat untuk didengari ibu.

“Korang berdua pernah berjumpa ke?” tanya ibu yang agak hairan. Lia tergamam seketika.

“Haa la ibu. Adib lah yang selamatkan Lia daripada dua orang lelaki haritu. Ni macam mana ibu boleh ambil Adib jadi bodyguard Lia ?” soal Lia yang mahu kepastian. Jelas sekali Lia memang terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience